Tuesday, October 25

Missing him...



I don't know why,  i have missing him so much, lately. His gentleness, his charms, his smiles and his laughs. Everything has gone. Or maybe it still there,but hidden under all this mess, pile of responsibilities, keep hidden far in the dark, the lone side of his heart. Oh! God, i miss him... 

Wednesday, October 19

Virus... go away... go... go...

Akhirnya PC aku dah selamat dihidupkan kembali. Itupun setelah kena kemo, radiotheraphy, hempas sepuluh kali ke lantai, cabut nyawa, pasang balik. Last-last, kena le buang segala menda, dan kena le re-format....

Nasib ler, segala dokumen yang sempat selamat, aku dah selamatkan, yang tk sempat tu, aku buat tahlil dalam dua tiga hari lagi ler...


Mood: aku cuti esok, so hari ni tak de mood kerja...Haaaaa haaaa  huaaaaggghhhhhh.... *evil laughs*

Monday, October 17

Virus

Hajat di hati nak buat semua kerja yang tertangguh... tp encik virus dah singgah kat pc opis aku nih... so dia sudah mereng. Aku updated pakai pc staf. Tensen teman

Friday, October 14

Banyak cerita yang tak tercerita...

Salam,

My dear blog yang telah kusam dan bersawang,

Maafkan lah aku ini, sudah lama tak masuk rumah sendiri, dah lama tak menyapu sawang, dah lama jugak tk bertukar langsir dan dah lama jugak aku membiarkan engkau seorang diri tak berteman. Tapi nak buat macamana, aku terlalu banyak cerita yang nak diceritakan, hingga aku tak tahu cerita mana satu patut aku dahulukan. 

Ringkasnya:

1. Cerita Ayah kemalangan, cedera tak teruk mana, tapi kesannya, orang tua tu koma on off hampir dua bulan di Hospital Golok dan Hospital Yala dari 24 Jun hingga 10 Ogos. Aku sempat melawat dua kali, sempat merasa naik keretapi dari Mentakab ke Pasir Mas. Kali pertama hanya dengan anak-anak dan pekerja, kecoh melayan budak berdua tuh, kali kedua seorang diri, pergi tiada masalah, masa balik terpaksa berkampung di stesen keretapi Lipis hampir 8 jam... ada tanah runtuh di Gua Musang. Pengalaman sungguh... Ayah dah ok, tambah sehat, dua malam lepas Lang ada telefon bagitahu ayah dah boleh makan makanan pejal dan dah tutup lubang di leher. Alhamdullilah...

2. Cerita Syawal 2011, Alhamdullilah, setelah di reverse psychology kan dek aku, Along balik beraya di rumah mak untuk kali pertama semenjak pindah (dah setahun lebe... ), so sempena Syawal yang mulia, aku dah berjaya merapatkan semula hubungan yang keep on hold tu... *smile*. Syawal kali ni jugak aku merasa balik ke Thailand ikut jalan Terengganu dan merasa jammed di Machang sehingga tak sempat masuk ke Golok dan terpaksa tidur di rumah saudara di Tanah Merah... letih.

3. Cerita turun pangkat secara rela. Kalau ikutkan berlaku bulan Jun, 4 hari sebelum ayah kemalangan, so macam dah basi, but then, memang semua cerita ni dah basi pun, so ceritanya begini: Aku kena turun pangkat, tanpa sedikit pun turun gaji, elaun jek kena potong, tapi secara rela je la. Turun pun tak jauh mana, ke pejabat bawah jek. So, after 4 months, rasanya aku survive kot... 

4. Cerita pindah rumah, heheheh... dalam masa setahun setengah, ini kali ketiga aku pindah rumah, and harapnya yang terakhir. Kisahnya, pada 14 Ramadhan, Along baru balik dari Thailand setelah dekat dua bulan tak balik langsung, berbakti pada orang tua, (rujuk cerita pasal Ayah di atas), aku ajak dia round-round area taman dekat kedai Selera Najwa tu (aku memang harap sangat dapat rumah kat sini, dekat ngan sekolah abang and ada macam2 kemudahan), sekali tu terus nampak iklan rumah untuk disewa, terus call tuan rumah, terus bayar deposit dah terus pindah esoknya... kelassssss kau jah...(nampak no desperate nak pindah...hihihi). Bukan apa, rumah lama aku tu dah macam zoo, macam2 haiwan datang lepak!!!

5. Cerita apa lagik yer... nanti la aku cuba ingat lagik cerita menda yang aku nak ringkaskan untuk engkau... ye blog. 

so... to be continued...

Wednesday, August 10

My promise

Copy and paste from my friends FB. Nice!
 
My promise to my children: I am your parent first, your friend second. I will stalk you, flip out on you, lecture you, drive you insane, be your worst nightmare & hunt you down like a bloodhound when needed because I LOVE YOU! When you understand that, I will know you are a responsible adult. You will NEVER find someone who loves, prays, cares, & worries about you more than I do.
 
So anak2 umi,  prepare yourself... i will keep my promise wether you like it or not... jeng... jeng... jeng...
 
 

Thursday, July 21

Teringin...



Teringin... mengidam tk lepas nih...urmmm

Thursday, June 30

Gambar dari Spain




Hehehehee.... betapa sukanya aku pagi2 ni,  bukak emel ada orang jauh dah hantar pic yang cantek2 camnih.

Kok Aida, kome dah buat background pic kat pc kome nih ha... terima kasih bebanyok la yak... suka hamat!!!!

Tuesday, May 3

SPECIAL ENTRY FOR MISS PATIN PASTA IN SPAIN

Last Sunday, May 1st 2011, Ms Arapink selamat melangsungkan perkahwinan serba pink dengan cik abang sayang...





 ***gecor dok? sedak weh...

 Ni la pengantinnya... Nani n Rizal



 ayam golek  wehhh...



Kok Aida... pueh hati? kome tangkak pakei hp cokia jek, nok gambo lawo lagik, kena tunggu pengantin upload sendiri la yak...huhu..

Wednesday, March 16

Hello...

Monday, January 31

Drama Mahkamah

Aku ke mahkamah tadi. Kena hadir bicara seorang saudara rapat laki aku. First time masuk ke tempat yang sangat asing bagi aku. Mula tu cuak la gak sebab dalam kepala aku mesti ramai orang jahat kat sini. Rupanya tak der la jahat sangat. Kebanyakan kes yang di sebut adalah berkaitan najis dadah. Muda-muda remaja belaka. Ada seorang perempuan, bertudung dan berbaju kurung, tapi dengan selamba mengaku bersalah memiliki syabu. Tak nampak pula keluarga yang meneman. Ada juga yang nampak sedih, gabra dan blur. 

Ada remaja (bahasa mahkamah kanak-kanak, baru aku tahu...huhu... ) di tuduh mencuri motor. Wakil keluarga dipanggil dan bersama tertuduh mendengar pertuduhan. Kesian aku tengok ibu dan bapa yang menahan malu, bersama-sama anak mereka. 

Ada seorang pak cik, ditahan kerana memiliki air ketum, satu keluarga datang memberi sokongan. Si isteri merah mata menangis, anak-anak sayu memandang si ayah bergari. Tapi satu persoalan aku, perlu ke bawa kanak-kanak dibawah umur 12 tahun ke mahkamah? Satu halnya, ini perkara serius berkaitan mahkamah,  polis dan pesalah. Keduanya, bukankan tidak cantik imej yang dipertontonkan kepada anak-anak ini.

Ini lintas langsung aku ke FB pagi tadi.



Pst: mesti ada yang tanya sebab aku ke mahkamah kan? Biarlah rahsia....hehehhehe

Sunday, January 30

Terkenang teman tapi mesra

Entah kenapa, dua tiga hari ni kerap betul teringatkan seseorang yang dah lama menghilang. Aku dan dia bersahabat dari tadika sehingga zaman dewasa. Dari sahabat bergaduh (aku kan kaki gaduh… mangsa pertama, dia ni la, banyak lagi mangsa selepas tu…huhu…) hingga pernah menjadi teman tapi mesra. Aku dan dia seyes tak der jodoh langsung untuk terus bersahabat dan apa lagik nak bermesra. Lebih banyak off dari on, sedar-sedar dia ke hulu, aku ke hilir.

Setiap kali balik ke Mayam, aku mesti buat tawaf wajib kat area rumah dia, dari zaman sekolah, sampai dah kerja hinggalah sekarang, klu dulu aku bawak adik2 aku naik motor, sekarang aku bawak anak2 aku pulak naik kereta. Kalau tak tawaf kat situ, macam tak lengkap pulak balik kampung…huhu… some things never change ha?

Aku ada dapat kad raya dari dia Syawal dua tahun lepas (selepas bertahun tak berjumpa). Tetiba jerk dapat kad dengan ucapan ‘miss you, P***, 019-xxx xxxx’ . Dia mmg suka  bermadah berhelah macam ni. Mujur la laki aku sporting, tak der nak menjawab sangat… heehhe… ke sebab aku pandai menjawab? huhu. So dipendekkan cerita, aku call dan kitaorang berborak panjang (before anak dia tetiba nak interframe) hehehe…

Tu la last kitaorang berhubung, sampai sekarang tak tahu khabar berita. Bukan tujuan aku nak menyambung bab mesra tu, cuma bila dapat teman macam ni, boleh juga berkongsi suka dua kan?

 

Di mana la dia sekarang ya?

Monday, January 24

HAWA NAJWA BT ARPHENEE


 
 

Dear buchuk umi, 

Today you're

 

My buchuk yang comel tp selalu diva. 
Be a good and wise girl and you must always remember, umi and abi loves you so much, no matter what.

Selamat hari jadi, Sayang.

Wednesday, January 19

Najwa, the flower gurl




my najwa first attempt being a flower girl

*spent RM60 for white flower dress and bling2 shoes (tiara courtesy of Mc D), hasil nya ok la walaupun dia tk senyum langsung masa photographer bertauliah dan yg tak bertauliah menangkap gambo. anak dara aku ni kan diva...

Hud, Pra Sekolah

semasa proses pengenalan

first day, pakai baju putih, sebelah tu anak sedara, trus dapat geng

soldier boy, muka ngantuk, kul 7.15 am dah masuk kelas

beratur nak ke perhimpunan

di perhimpunan pertama tahun 2011