Tuesday, August 31

AL-FATIHAH...

3 Julai 2010

Mak mertua yang aku panggil Mek dan Omek oleh cucu-cucunya telah kembali ke rahmatullah selepas zohor setelah diserang strok selepas Maghrib malam sebelumnya. Call pertama dari Lang (adik ipar) jam 8.30 malam cuma beritahu Mek pengsan, dan akan dibawa ke klinik. Call kedua pula memberitahu Mek telah dihantar ke klinik kesihatan milik kerajaan, Along dah start suruh kemas barang sebab katanya kalau tak teruk, diorang tak kan hantar ke klinik kerajaan. tepat jam 10.30 malam, Lang call lagi memaklumkan  Mek sudah dihantar ke Hospital Golok kerana ada darah beku dalam otak dan separuh badan dah lemah. Aku pulak masa ni baru jek siap membasuh 2 mesin kain baju sebab hari minggu kan... Along balik rumah trus buat ampaian dalam rumah tuk jemur baju, sambil aku kemas baju. Aku pakai capai jerk mana yang sempat sebab baju banyak tk berlipat. Kononnya weekend nak mengemaslah... Tepat 12 tengah malam kami berempat bertolak ke Thailand dengan kereta kancil rempit aku tuh. 

Kami sampai di Golok jam 9.00 pagi dan terus ke Hospital Golok yang tak sampai pun 5 minit dari Imegresen Golok. Keadaan Mek memang menyedihkan kerana separuh badan sebelah kiri dah tak boleh bergerak dan dalam keadaan separuh sedar. Saudara mara ramai sungguh berkumpul di luar wad, kalau di sini sure tak bleh masuk seramai itu. Aku pulak sebab dah biasa dengan prosedur hospital terus berjumpa dengan nurse dan bertanyakan situasi Mek masa tu. Tapi malangnya bahasa menjadi halangan untuk mendapatkan maklumat sepenuhnya. Adik ipar aku si Lang menjadi penterjemah, tp aku masih tak puas hati. Dari penerangan nurse, Mek telah mengalami pendarahan di otak dan darah telah membeku di bahagian yang paling susah untuk dibedah. Pihak Hospital tidak mahu menanggung risiko pembedahan jadi tiada sebarang rawatan diberikan kecuali bekalan oksigen dan tiub untuk sedut kahak (yang akhirnya tidak dibuat kerana mengikut kata mak saudara Along, menyeksakan Mek kalau pakai, seyes aku tak paham, akan aku cerita di lain entry okey). So akhirnya, nurse mengatakan Mek cuma ada 50-50 sahaja.

Aku cuba jugak mencari jalan lain untuk mendapatkan rawatan. Sahabat dunia cyber, Ernie, mencadangkan Mek dibawa ke Pakar Perdana untuk bertemu dengan Pakar Otak dari HUSM yang merawat aruah suaminya dahulu. Tetapi malangnya keluarga telah mengambil kata sepakat untuk membawa Mek balik ke rumah tanpa sebarang bantuan oksigen dan  tiub sedut kahak dalam erti kata lain... PASRAH jer lah... Aku sebagai menantu perempuan ikut ajelah.

Kami balik ke rumah Mek yang jauhnya lebe kurang 15 minit dari bandar Golok pada jam 11 pagi. Di rumah dah penuh dengan saudara mara jauh dekat datang melawat. Aku yang dari tengah malam drive selang seli dengan Along dah mula rasa sakit badan dan mengantuk, but tahan aje le sebab aku kira tuan rumah sekarang. Dengan orang yang datang silih berganti, aku tk ada peluang untuk duduk mengadap Mek. Along dan adik-adik serta saudara mara terdekat Mek sentiasa ada di sisi Mek. 

Mek meninggal dunia selepas zohor dan dikebumikan selepas Asar. Aku berada di Thailand sehingga hari ketujuh. Terasa kehilangan Mek kerana aruah sgt baik hati dan mengambil berat dan tak pernah berkira dengan aku, menantu yang serba-serbi tak pandai, and aku tak sempat nak belajar buat kari daging feberet Along.

Al-fatihah buat Mek...


Mek dan Hud masa cukur jambul. Sanggup datang dari Thailand semata2 nak tengok cucu sulong.


Mek dan Ayah, masa nak balik ni... bergambar dengan cucu kesayangan, Hud.


Mek dan Hud, muka Hud tuh dah toya sebab seme orang nak cubit n cium pipi dia. Asyik kena gomol jek.


Omek melayan cucu yang kepanasan.






MERDEKA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA...


taken from here...nice pic