Wednesday, April 30

hari lepak sedunia...

aku buhsan tul hari nih, pc aku meragam... satu kerja pun tak siap. dah tuh, bru nak start kerja, dah ada client dtg, dah tergendala lagik kerja aku. akhirnya, minah ni ajak aku lunch kat umah dia. After pekena ayam masak lemak kuning n colek mangga, trus balik opis, sekali depan opis aku ada laks yg duk turap jalan. Pelagik, amik keta trus g Pej Negeri, melepak n update blog nih... hiks

Friday, April 25

Anak-anakku



Well,
Pagi tadi,(semalam, 24/4/2008) my buntat g sekolah, Abi yg anta cos Umi kena bawak Adik Wa g cucuk tuk 3 bulan. Ekceli, Hud dah tak buntat sekarang, dah kurus, nampak tulang rusuk bersusun. Adik Wa ya, bukan main buntat sekarang, timbang tadi, Wa dah 5.45kg. Naik 1.65kg sebulan or 55 gram sehari. Hiks. Hud masa 3 bulan, naik 1.1kg jerk. Nampak cam Adik Wa lebe buntat dari Hud. Hiks.

atas: sebelum (2 bulan), bawah: selepas (3 bulan)

Tuesday, April 22

Power Woman

Another C&P

Mum and Dad were watching TV when Mum said, 'I'm tired, and it's getting late. I think I'll go to bed.'


She went to the kitchen to make sandwiches for the next day's lunches. Rinsed out the popcorn bowls, took meat out of the freezer for supper the following evening, checked the cereal box levels, filled the sugar container, put spoons and bowls on the table and started the coffee pot for brewing the next morning.She then put some wet clothes in the dryer, put a load of clothes into the washer, ironed a shirt and secured a loose button. She picked up the game pieces left on the table, put the phone back on the charger and put the telephone book into the drawer. She watered the plants, emptied a waste basket and hung up a towel to dry.

She yawned and stretched and headed for the bedroom. She stopped by the desk and wrote a note to the teacher, counted out some cash for the excursion and pulled a text book out from hiding under the chair. She signed a birthday card for a friend, addressed and stamped the envelope and wrote a quick note for the grocery store. She put both near her bag. Mum then washed her face with 3 in 1 cleanser, put on her Night Solution & age fighting moisturizer, brushed and flossed her teeth and filed hernails. Dad called out, 'I thought you were going to bed.''I'm on my way,' she said.

She put some water into the dog's dish and put the cat outside, then made sure the doors were locked and the patio light was on. She looked in on each of the kids and turned out their bedside lamps and radios, hung up a shirt, threw some dirty socks into the hamper, and had a brief conversation with the one up still doing homework.

In her own room, she set the alarm; laid out clothing for the next day, straightened up the shoe rack. She added three things to her 6 mosti mportant things to do list. She said her prayers, and visualized the accomplishment of her goals. About that time, Dad turned off the TV and announced to no one in particular. 'I'm going to bed.' And he did...without another thought.
Anything extraordinary here? Wonder why women live longer...?

'CAUSE THEY ARE MADE FOR THE LONG HAUL....

Friday, April 18

sumting to ponder

i love to read this one.. just a c&p

wanita tidak semestinya memerlukan lelaki. tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan.. cinta itu anugerah..
p/s the final quote -- beautiful...yet... touched....

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit- kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan?
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia, sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo ? Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki?
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalami selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya ? Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia, menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita. Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Tetapi jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Namun itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua?
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan famili dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama sejakzaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudahdisunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia. Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa. Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki,tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati ? Untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya. Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik...
I'm not sad.. but i'm hurt... i'm not feel bad.. but i feel empty... i'm not lonely.. but i'm single...Only if you could understand me in the hardest way...
abi... i love you... cepat la balik, mi rindu

Thursday, April 17

abi tak der

hud:
mi...
abi ner abi?
abi, hud nak tek nyok
abi, hud nak dokong
abi, nak lok-lok
abi ner mi?
abi?

mi:
abi balik thai
jumpa tok ayah
jumpa tok mek
jumpa lang
jumpa acu
nanti abi balik, beli basikal yerk
nak?

hud:
nak? nak!
mi...

mi:
yer...

hud:
abi ner abi? *

*ulang balik sehingga 10 kali

Tuesday, April 15

Friday, Saturday, Sunday and Monday...

Ptg Friday got call from Baiti (pengasuh Hud), my anak jantan kena asthma attack. Dah lembik tak leh bangun, trus col Abi suh amik Hud, then tak sampai half an hour, Abi col suh aku balik cepat. Hud truk sgt, pakai inhaler kat umah pun tak jalan gak. so rushing balik, amik Hud n Abi, trus ke Hospital. after 2 nebulizer taken, still tak jalan, Hud kena masuk ward. so, my weekend kena spent kat hospital ler jawabnya.

Malam abi jaga Hud, siang turn aku laks. Anak jantan aku ni klu time pakai nebuliser tuh mesti satu ward dengar sora dia, pastu tu dah segar, kerjanya melawat satu ward cam YB laks, sampaikan semua nurses n doc suka kat dia. Sunday bru leh discharge, sampai umah dah kul 7pm, aku dah letih gilos, sib baik Wawa tak amuks sgt.

Then, Monday, g Kuantan, mak ada checkup kat HTAA. Tolak dari umah kul 8.30am, sampai 10.45am, tunggu punya tunggu sampai kul 2pm bru leh jumpa doc, tupun 10mnt jerk. bleh?Lunch kat Seri Malaysia, jumpa kengkawan lama and merasa tgk berapa disasternyer penangan BOTOX... cam rupa apa tah, very plastik... ni kemudian punya topik.

Sampai umah dekat kul 6.30pm, sempat la layan BELLA sambil layan anak-anakku ini.

waaaa.... flat.... sowi abi, penat. hihihih

Tuesday, April 8

...kosong...

i really want to write sumting here, but my brain cam kosong... empty... mana pergi idea berjuta-juta aku tuh? cam bos aku cakap la since dah 2 kali melahirkan nih, dah 14 urat putus so... seme menda kena polish balik, bru leh ingat. hehehe orang yg beranak 12 tuh camner aaa?