Mak mertua yang aku panggil Mek dan Omek oleh cucu-cucunya telah kembali ke rahmatullah selepas zohor setelah diserang strok selepas Maghrib malam sebelumnya. Call pertama dari Lang (adik ipar) jam 8.30 malam cuma beritahu Mek pengsan, dan akan dibawa ke klinik. Call kedua pula memberitahu Mek telah dihantar ke klinik kesihatan milik kerajaan, Along dah start suruh kemas barang sebab katanya kalau tak teruk, diorang tak kan hantar ke klinik kerajaan. tepat jam 10.30 malam, Lang call lagi memaklumkan Mek sudah dihantar ke Hospital Golok kerana ada darah beku dalam otak dan separuh badan dah lemah. Aku pulak masa ni baru jek siap membasuh 2 mesin kain baju sebab hari minggu kan... Along balik rumah trus buat ampaian dalam rumah tuk jemur baju, sambil aku kemas baju. Aku pakai capai jerk mana yang sempat sebab baju banyak tk berlipat. Kononnya weekend nak mengemaslah... Tepat 12 tengah malam kami berempat bertolak ke Thailand dengan kereta kancil rempit aku tuh.
Kami sampai di Golok jam 9.00 pagi dan terus ke Hospital Golok yang tak sampai pun 5 minit dari Imegresen Golok. Keadaan Mek memang menyedihkan kerana separuh badan sebelah kiri dah tak boleh bergerak dan dalam keadaan separuh sedar. Saudara mara ramai sungguh berkumpul di luar wad, kalau di sini sure tak bleh masuk seramai itu. Aku pulak sebab dah biasa dengan prosedur hospital terus berjumpa dengan nurse dan bertanyakan situasi Mek masa tu. Tapi malangnya bahasa menjadi halangan untuk mendapatkan maklumat sepenuhnya. Adik ipar aku si Lang menjadi penterjemah, tp aku masih tak puas hati. Dari penerangan nurse, Mek telah mengalami pendarahan di otak dan darah telah membeku di bahagian yang paling susah untuk dibedah. Pihak Hospital tidak mahu menanggung risiko pembedahan jadi tiada sebarang rawatan diberikan kecuali bekalan oksigen dan tiub untuk sedut kahak (yang akhirnya tidak dibuat kerana mengikut kata mak saudara Along, menyeksakan Mek kalau pakai, seyes aku tak paham, akan aku cerita di lain entry okey). So akhirnya, nurse mengatakan Mek cuma ada 50-50 sahaja.
Aku cuba jugak mencari jalan lain untuk mendapatkan rawatan. Sahabat dunia cyber, Ernie, mencadangkan Mek dibawa ke Pakar Perdana untuk bertemu dengan Pakar Otak dari HUSM yang merawat aruah suaminya dahulu. Tetapi malangnya keluarga telah mengambil kata sepakat untuk membawa Mek balik ke rumah tanpa sebarang bantuan oksigen dan tiub sedut kahak dalam erti kata lain... PASRAH jer lah... Aku sebagai menantu perempuan ikut ajelah.
Kami balik ke rumah Mek yang jauhnya lebe kurang 15 minit dari bandar Golok pada jam 11 pagi. Di rumah dah penuh dengan saudara mara jauh dekat datang melawat. Aku yang dari tengah malam drive selang seli dengan Along dah mula rasa sakit badan dan mengantuk, but tahan aje le sebab aku kira tuan rumah sekarang. Dengan orang yang datang silih berganti, aku tk ada peluang untuk duduk mengadap Mek. Along dan adik-adik serta saudara mara terdekat Mek sentiasa ada di sisi Mek.
Mek meninggal dunia selepas zohor dan dikebumikan selepas Asar. Aku berada di Thailand sehingga hari ketujuh. Terasa kehilangan Mek kerana aruah sgt baik hati dan mengambil berat dan tak pernah berkira dengan aku, menantu yang serba-serbi tak pandai, and aku tak sempat nak belajar buat kari daging feberet Along.
Al-fatihah buat Mek...
Mek dan Hud masa cukur jambul. Sanggup datang dari Thailand semata2 nak tengok cucu sulong.
Mek dan Ayah, masa nak balik ni... bergambar dengan cucu kesayangan, Hud.
Mek dan Hud, muka Hud tuh dah toya sebab seme orang nak cubit n cium pipi dia. Asyik kena gomol jek.
Omek melayan cucu yang kepanasan.
5 comments:
Alfatihah... Semoga along tabah hadapi ujian Allah ini.
al fatihah ..semoga roh mek dicucuri rahmat..
jei aku rasa bab yg sedut kahak tu mmg agak menyiksakan..arwah abah aku dulu mmg susah nk bernafas sbb dia dh takleh telan or buang air liur or kahak..so kene sedut...satu tiub dijolok ke tekak dan mesin akan sedut kahak...hari terakhir abah aku mmg kahak namyak sgt dan nurse dh takleh nk sedut coz darah lebih banyak dari kahak...part sedut kahak ni mmg aku akan ingat sampai aku mati..sugguh seksa aku tgk arwah abah aku yg dh tak berdaya tu dan kalu tk sedut pun taleh dan yg aku takleh lupa sgt ada sorang nurse yg sungguhmalas bila aku suruh sedut buat lebih kurang n jolok kuat2 kt tekak abah aku..nk nangis aku beb..pastu aku dh tak panggil dh dia..aku pggil yg sirang lg yg sungguh lemh lembut dan aku w.pon aku tahu abah dh takde harapan aku tetap cuba memberikan yg terbaik diakhir2 hayatnyer..
so...bagi pendapat aku..aku takkan bawa arwah mek ko tu balik kg..biar kita berjuang hngga ke titisan terakhir...w.pom dok kata abah aku dh 50/50 tp kami lebih rela dia dimasukkan oksigen dan air bg menampung keperluan akhir dia... yela lain org lain pendapat...
semoga arwah mek ditempatkan di golongan org yg sedikit...
mas n la,
terima kasih. aku bab orang mati ni dah macam lali, sebab keluarga aku dah ramai yg tak der. cuma cam along tuh terasa lebeh la sebab dia mmg close ngan mek.
La,
Aku setuju sgt bila nko kata akan berjuang hingga ke titisan akhir, sebab klu mek tuh kat Malaysia sure aku tk bagi bawak balik. sedara mara nk cakap apa pun peduli apa kan. tp malangnya, ayah n anak2 dia tk cakap apa pun. ikut jerk apa sedara mata suruh buat. semua takut nak buat keputusan.
even masa aku sibuk2 tanya doc pasal condition mek pun ada yg kena maki ngan aku. bleh dia kata tak payah la bawak ke Malaysia, susah nanti orang nak melawat. apa lagik kaw kaw kena ngan aku, ni nak utamakan orang melawat ke orang sakit!!!. diam semua bila aku dah start naik suara. Along dah siap pegang tangan aku dah soh diam. hehehe.
tp tulahs, dah tertulis suratan nya macam tuh...urmmmm
ko mmg ganaz la jei..aku dpt bayangkan ko maki org tu..hehehe... yela kalu boleh biarlah kita cuba sehabis boleh kan..kalu dh usaha tp dh tersurat at least kita puas hati..
Alahai Jay, takziah buat ko & along!!!
Maaf lambat kirim takziah! Alahai beberapa kali aku dgr pasal mek ko ni... tak sangka dia dah pergi.. Apa pun di akhir entry ni buat aku sebak bila ko bubuh gambar2 ni... esp the last one! I bet hud akan traesure gambar2 ni bila dah besar!
Al-fatihah untuk mek! :(
Post a Comment