My dear blog yang telah kusam dan bersawang,
Maafkan lah aku ini, sudah lama tak masuk rumah sendiri, dah lama tak menyapu sawang, dah lama jugak tk bertukar langsir dan dah lama jugak aku membiarkan engkau seorang diri tak berteman. Tapi nak buat macamana, aku terlalu banyak cerita yang nak diceritakan, hingga aku tak tahu cerita mana satu patut aku dahulukan.
Ringkasnya:
1. Cerita Ayah kemalangan, cedera tak teruk mana, tapi kesannya, orang tua tu koma on off hampir dua bulan di Hospital Golok dan Hospital Yala dari 24 Jun hingga 10 Ogos. Aku sempat melawat dua kali, sempat merasa naik keretapi dari Mentakab ke Pasir Mas. Kali pertama hanya dengan anak-anak dan pekerja, kecoh melayan budak berdua tuh, kali kedua seorang diri, pergi tiada masalah, masa balik terpaksa berkampung di stesen keretapi Lipis hampir 8 jam... ada tanah runtuh di Gua Musang. Pengalaman sungguh... Ayah dah ok, tambah sehat, dua malam lepas Lang ada telefon bagitahu ayah dah boleh makan makanan pejal dan dah tutup lubang di leher. Alhamdullilah...
2. Cerita Syawal 2011, Alhamdullilah, setelah di reverse psychology kan dek aku, Along balik beraya di rumah mak untuk kali pertama semenjak pindah (dah setahun lebe... ), so sempena Syawal yang mulia, aku dah berjaya merapatkan semula hubungan yang keep on hold tu... *smile*. Syawal kali ni jugak aku merasa balik ke Thailand ikut jalan Terengganu dan merasa jammed di Machang sehingga tak sempat masuk ke Golok dan terpaksa tidur di rumah saudara di Tanah Merah... letih.
3. Cerita turun pangkat secara rela. Kalau ikutkan berlaku bulan Jun, 4 hari sebelum ayah kemalangan, so macam dah basi, but then, memang semua cerita ni dah basi pun, so ceritanya begini: Aku kena turun pangkat, tanpa sedikit pun turun gaji, elaun jek kena potong, tapi secara rela je la. Turun pun tak jauh mana, ke pejabat bawah jek. So, after 4 months, rasanya aku survive kot...
4. Cerita pindah rumah, heheheh... dalam masa setahun setengah, ini kali ketiga aku pindah rumah, and harapnya yang terakhir. Kisahnya, pada 14 Ramadhan, Along baru balik dari Thailand setelah dekat dua bulan tak balik langsung, berbakti pada orang tua, (rujuk cerita pasal Ayah di atas), aku ajak dia round-round area taman dekat kedai Selera Najwa tu (aku memang harap sangat dapat rumah kat sini, dekat ngan sekolah abang and ada macam2 kemudahan), sekali tu terus nampak iklan rumah untuk disewa, terus call tuan rumah, terus bayar deposit dah terus pindah esoknya... kelassssss kau jah...(nampak no desperate nak pindah...hihihi). Bukan apa, rumah lama aku tu dah macam zoo, macam2 haiwan datang lepak!!!
5. Cerita apa lagik yer... nanti la aku cuba ingat lagik cerita menda yang aku nak ringkaskan untuk engkau... ye blog.
so... to be continued...
5 comments:
Abis rangkul cerita jadi satu.. Aku blom lagi menyinggah rumH baru. Apapun syawal ini sgt bermakna. Elokler gitu.
Jei...bagi engko...jalan mana lagi dekat dan selesa sebenornya nak ke kelantan....ikut gua musang ke terengganu?
mas: senang buat rumusan jek... nak bercerita panjang tk pernah pun ada masa
eyna; dua2 ok sebenarnya. ikut gua musang, cepat sikit. tp jalan kurang cantik, tempat nak berenti pun tk selesa sgt. rnr kat gua musang jek ada. nk berenti pun yg best kat gua musang jek. kalau ikut jabor pulak, hiway sepanjang jalan. kuar dari lpt, masuk jalan biasa tp selesa, sampai kat bukit besi dah boleh masuk hiway lpt free tu, dpt jimatkan lebe setengah jam. kuar kat ajil, pastu dah dekat nak masuk pasir putih. jalan pun selesa, tempat berenti banyak, lalu kat banyak bandar kecik2. tp bagi aku jauh la.... lama tul masa dalam kereta. klu abang nko ok la kut sebab bleh bawak laju.
Jay,
Alhamdulillah Ayah Jay dah semakin sembuh. Memang risau kalo something happened kat family kita kan. Mudah2an dijauhkan segala mende buruk.
kok aida,
alhamdulillah ayah dah ok sekang, tp nak sembuh 100 cam dulu tuh susah la siket sebab dia terhantuk kat kepala, take time la gak. omma ako dah sehat ker? kome ni nyinggah sokmo ke spain te, ketnya tok sempat lalu nak memberi salam...huhu...
Post a Comment