Aku ke mahkamah tadi. Kena hadir bicara seorang saudara rapat laki aku. First time masuk ke tempat yang sangat asing bagi aku. Mula tu cuak la gak sebab dalam kepala aku mesti ramai orang jahat kat sini. Rupanya tak der la jahat sangat. Kebanyakan kes yang di sebut adalah berkaitan najis dadah. Muda-muda remaja belaka. Ada seorang perempuan, bertudung dan berbaju kurung, tapi dengan selamba mengaku bersalah memiliki syabu. Tak nampak pula keluarga yang meneman. Ada juga yang nampak sedih, gabra dan blur.
Ada remaja (bahasa mahkamah kanak-kanak, baru aku tahu...huhu... ) di tuduh mencuri motor. Wakil keluarga dipanggil dan bersama tertuduh mendengar pertuduhan. Kesian aku tengok ibu dan bapa yang menahan malu, bersama-sama anak mereka.
Ada seorang pak cik, ditahan kerana memiliki air ketum, satu keluarga datang memberi sokongan. Si isteri merah mata menangis, anak-anak sayu memandang si ayah bergari. Tapi satu persoalan aku, perlu ke bawa kanak-kanak dibawah umur 12 tahun ke mahkamah? Satu halnya, ini perkara serius berkaitan mahkamah, polis dan pesalah. Keduanya, bukankan tidak cantik imej yang dipertontonkan kepada anak-anak ini.
Ini lintas langsung aku ke FB pagi tadi.
Pst: mesti ada yang tanya sebab aku ke mahkamah kan? Biarlah rahsia....hehehhehe
2 comments:
aku pernah masuk mahkamah sekali jek.. tapi kes syarikat. Majistret muda2 belia, tapi garang giler.
Charlotte,
Melawat mahkamah, menimba ilmu tak pe.. jangan awok lak yang masuk kandang tu weh. Hehehe!
Post a Comment