Sunday, January 30

Terkenang teman tapi mesra

Entah kenapa, dua tiga hari ni kerap betul teringatkan seseorang yang dah lama menghilang. Aku dan dia bersahabat dari tadika sehingga zaman dewasa. Dari sahabat bergaduh (aku kan kaki gaduh… mangsa pertama, dia ni la, banyak lagi mangsa selepas tu…huhu…) hingga pernah menjadi teman tapi mesra. Aku dan dia seyes tak der jodoh langsung untuk terus bersahabat dan apa lagik nak bermesra. Lebih banyak off dari on, sedar-sedar dia ke hulu, aku ke hilir.

Setiap kali balik ke Mayam, aku mesti buat tawaf wajib kat area rumah dia, dari zaman sekolah, sampai dah kerja hinggalah sekarang, klu dulu aku bawak adik2 aku naik motor, sekarang aku bawak anak2 aku pulak naik kereta. Kalau tak tawaf kat situ, macam tak lengkap pulak balik kampung…huhu… some things never change ha?

Aku ada dapat kad raya dari dia Syawal dua tahun lepas (selepas bertahun tak berjumpa). Tetiba jerk dapat kad dengan ucapan ‘miss you, P***, 019-xxx xxxx’ . Dia mmg suka  bermadah berhelah macam ni. Mujur la laki aku sporting, tak der nak menjawab sangat… heehhe… ke sebab aku pandai menjawab? huhu. So dipendekkan cerita, aku call dan kitaorang berborak panjang (before anak dia tetiba nak interframe) hehehe…

Tu la last kitaorang berhubung, sampai sekarang tak tahu khabar berita. Bukan tujuan aku nak menyambung bab mesra tu, cuma bila dapat teman macam ni, boleh juga berkongsi suka dua kan?

 

Di mana la dia sekarang ya?

1 comment:

AzMaslenda said...

macam ku tahu jek 'teman tapi mesra' yang di maksudkan itu.. heheheehehe..

ps: suka karya pyan habib.