Wednesday, March 16

Hello...

Monday, January 31

Drama Mahkamah

Aku ke mahkamah tadi. Kena hadir bicara seorang saudara rapat laki aku. First time masuk ke tempat yang sangat asing bagi aku. Mula tu cuak la gak sebab dalam kepala aku mesti ramai orang jahat kat sini. Rupanya tak der la jahat sangat. Kebanyakan kes yang di sebut adalah berkaitan najis dadah. Muda-muda remaja belaka. Ada seorang perempuan, bertudung dan berbaju kurung, tapi dengan selamba mengaku bersalah memiliki syabu. Tak nampak pula keluarga yang meneman. Ada juga yang nampak sedih, gabra dan blur. 

Ada remaja (bahasa mahkamah kanak-kanak, baru aku tahu...huhu... ) di tuduh mencuri motor. Wakil keluarga dipanggil dan bersama tertuduh mendengar pertuduhan. Kesian aku tengok ibu dan bapa yang menahan malu, bersama-sama anak mereka. 

Ada seorang pak cik, ditahan kerana memiliki air ketum, satu keluarga datang memberi sokongan. Si isteri merah mata menangis, anak-anak sayu memandang si ayah bergari. Tapi satu persoalan aku, perlu ke bawa kanak-kanak dibawah umur 12 tahun ke mahkamah? Satu halnya, ini perkara serius berkaitan mahkamah,  polis dan pesalah. Keduanya, bukankan tidak cantik imej yang dipertontonkan kepada anak-anak ini.

Ini lintas langsung aku ke FB pagi tadi.



Pst: mesti ada yang tanya sebab aku ke mahkamah kan? Biarlah rahsia....hehehhehe

Sunday, January 30

Terkenang teman tapi mesra

Entah kenapa, dua tiga hari ni kerap betul teringatkan seseorang yang dah lama menghilang. Aku dan dia bersahabat dari tadika sehingga zaman dewasa. Dari sahabat bergaduh (aku kan kaki gaduh… mangsa pertama, dia ni la, banyak lagi mangsa selepas tu…huhu…) hingga pernah menjadi teman tapi mesra. Aku dan dia seyes tak der jodoh langsung untuk terus bersahabat dan apa lagik nak bermesra. Lebih banyak off dari on, sedar-sedar dia ke hulu, aku ke hilir.

Setiap kali balik ke Mayam, aku mesti buat tawaf wajib kat area rumah dia, dari zaman sekolah, sampai dah kerja hinggalah sekarang, klu dulu aku bawak adik2 aku naik motor, sekarang aku bawak anak2 aku pulak naik kereta. Kalau tak tawaf kat situ, macam tak lengkap pulak balik kampung…huhu… some things never change ha?

Aku ada dapat kad raya dari dia Syawal dua tahun lepas (selepas bertahun tak berjumpa). Tetiba jerk dapat kad dengan ucapan ‘miss you, P***, 019-xxx xxxx’ . Dia mmg suka  bermadah berhelah macam ni. Mujur la laki aku sporting, tak der nak menjawab sangat… heehhe… ke sebab aku pandai menjawab? huhu. So dipendekkan cerita, aku call dan kitaorang berborak panjang (before anak dia tetiba nak interframe) hehehe…

Tu la last kitaorang berhubung, sampai sekarang tak tahu khabar berita. Bukan tujuan aku nak menyambung bab mesra tu, cuma bila dapat teman macam ni, boleh juga berkongsi suka dua kan?

 

Di mana la dia sekarang ya?

Monday, January 24

HAWA NAJWA BT ARPHENEE


 
 

Dear buchuk umi, 

Today you're

 

My buchuk yang comel tp selalu diva. 
Be a good and wise girl and you must always remember, umi and abi loves you so much, no matter what.

Selamat hari jadi, Sayang.

Wednesday, January 19

Najwa, the flower gurl




my najwa first attempt being a flower girl

*spent RM60 for white flower dress and bling2 shoes (tiara courtesy of Mc D), hasil nya ok la walaupun dia tk senyum langsung masa photographer bertauliah dan yg tak bertauliah menangkap gambo. anak dara aku ni kan diva...