Saturday, September 4

Happy Belated 4th Birthday Hud Haiqal

 5 Julai 2010

Aku dah plan untuk celebrate birthday Hud kat Tadika. Dah siap amek cuti dah kononnyer nak masak baked macaroni cheese tuk bawak ke Tadika n beli ice cream dengan choc fudge. Tapi since Mek meninggal on the 2nd and we all balik after day 7 so tak der celebrate apa2 pun. Nasib baik la Hud dah belah cake masa reunion kat Kuantan hari tuh, klu idak mahu mengungkit la jawabnya. 

Kalau ikutkan aku tk pernah fail untuk celebrate birthday Hud. Every year mesti aku buat gak, masa 1st beday aku buat 2 kali, kat taska n kat rumah. 2nd beday aku tumpang party sepupu si Hud and yang 3rd bday aku celebrate kat rumah n kat taska. Kali ni jek cam celebrate tk kena waktu. Tapi kira oke la, dia pun dah faham dah soal hidup mati nih. 

Tapi Adik Najwa.... dari mula cukur jambul sampai beday ke 2 seme macam serba tak menjadi. Masa cukur jambul buat kat Thailand, so mmg la tk der persiapan mana pun. Pastu mak aku buat bubur kat rumah masa aku tak sehat. Kononnya anak perempuan aku nak hias cantek2, buat kelambu, pakai gaun panjang... tapi aku pulak yang tak sehat. Aku tak merasa pun nak buat camtu kat Najwa. So masa birthday yg 1st, aku buat la makan2 kat rumah. tapi satu pic pun tk menjadi. Langsung tk der kenangan. Then masa 2nd birthday, pagi Ahad tu aku dah plan nak celebrate kat rumah Kak Long aku, ok la tak der aral menda pun. Potong kek, suka2 amek pic semua.... sekali tengah hari tu, Ngah aku call, Mak Ngah aku dah nazak kat hospital... then meninggal petang tu jugak...

So, tak der nak happy2 la jugak. Next year mesti rasa cam tak best nak celebrate birthday budak berdua nih... Najwa sama tarikh ngan Mak Ngah meninggal, Hud pulak dekat ngan tarikh Mek meninggal... Urmmmm....

Friday, September 3

High Blood Pressure

Baru aje aku post entry pasal aruah Mek yang meninggal sebab Stroke, tetiba aku plak doc cakap high risk untuk dapat High Blood Pressure, atau dalam bahasa kita nih, darah tinggi. Aku lupa nak cerita Mek meninggal sebab tak jaga HBP dia sebenarnya. Last dia cek HBP dia masa g haji tahun lepas, tak makan ubat n takut kena marah ngan doctor if pegi after 1 year. Masa dia nak kena tuh, aruah sibuk sgt ngan nak pergi meminangkan anak saudara dia untuk Lang. Malam tu, sempat makan sup daging dan DURIAN... yes... durian. Thank God aku mmg kureng dengan durian. Tapi laki aku? makan durian macam makan nasik!!! 2-3 biji bleh habis dia sorang, ya... 2-3 bijik, bukan ulas ya tuan2 dan puan2. 

Well, berbalik pada aku plak. Ekceli dalam sebulan nih aku kerap betul sakit kepala belah kiri. Nak2 plak if aku kerut dahi kerap sangat (maknanya ada problem la kan, if not naper plak nk kerut dahi kan?) Last Thursday (26 Ogos) aku MC sebab lepas berbuka malam tu, sakit kepala yg sangat2 sampai tk leh nak bukak mata. Bila aku g Klinik Sulaiman, doc cek sekali HBP aku 150/90, mak aih, tu dah border dah tuh. Aku beranakkan si Hud tak cukup bulan dulu baru 140/100, bahaya nih. Doc bagi aku ubat n suh rehat jerk kat umah. Since Friday tuh kan Nuzul Quran so aku leh la rehat lama siket kat rumah (walaupun tiada erti rehat sebenarnya if masih menjaga budak berdua tuh kan?)

So, after a week, aku masih ada mild sakit kepala, tp Rabu baru nih (1 September) aku rasa lain macam sgt sakit kepalanya. Balik dari kerja singgah Saniah beli makanan tuk berbuka. Balik rumah, on TV tuk bebudak, pastu aku trus bum, terbungkang atas sofa sampai lagi 5 minit nak berbuka. Laki aku pun tak der call tanya aku ok ke tak. So, dengan tak mandinya, ajak bebudak tuh g kedai. Jalan kaki jerk... ala bukan jauh pun, ada la dalam 100 meter jerk dari rumah baru aku nih...huhu. Sampai kedai dah azan, so bukak segala menda tuk dimakan kebetulan ada mak angkat aku buka kat kedai, so join satu meja ngan dia. Dok ngadu kat dia aku sakit kepala. Boleh la pulak dia suh aku berubat kampung, takut ada terkenan. ??????? Adoiii... nak ajek aku basuh Ma nih. nasib la aku tgh sakit kepala, klu idak konfom aku jadik anak derhaka. 

Lepas berbuka, aku tinggalkan bebudak ngan Along. Balik rumah nak solat sambil tuh kemas2 siket sebab Ma n famili nak tumpang solat sekali. Elok jek lepas aku kemas Ma n famili sampai. Lepas solat aku mintak Nenek (kawan Ma) tolong picit kepala mana yang patut. Ha...nko... dari mild jerk sakit terus aku jadi HEAVY. Lepas Ma n famili balik, aku terus terbongkang atas sofa, call Along mintak tulun settlekan anak2 tuk tido, pastu aku trus tido sampai la ke sahur. Kepala rasa nak pecah n urat mata aku dok berdenyut2. Sakit sangat2. Mata laks tak leh bukak, Silau. 

Esoknya g Klinik Sulaiman, jumpa doc feberet aku, Doktor Rosnah yang baik hati, selalu bagi aku MC walaupun aku tak mintak...hehehe... cek HBP lagik.... sekali sudah naik... 150/95. Adoooiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!.Doc suh aku control diet dan jgn stress sgt, Aku stress ker? hahhahahahhha...
 

Tuesday, August 31

AL-FATIHAH...

3 Julai 2010

Mak mertua yang aku panggil Mek dan Omek oleh cucu-cucunya telah kembali ke rahmatullah selepas zohor setelah diserang strok selepas Maghrib malam sebelumnya. Call pertama dari Lang (adik ipar) jam 8.30 malam cuma beritahu Mek pengsan, dan akan dibawa ke klinik. Call kedua pula memberitahu Mek telah dihantar ke klinik kesihatan milik kerajaan, Along dah start suruh kemas barang sebab katanya kalau tak teruk, diorang tak kan hantar ke klinik kerajaan. tepat jam 10.30 malam, Lang call lagi memaklumkan  Mek sudah dihantar ke Hospital Golok kerana ada darah beku dalam otak dan separuh badan dah lemah. Aku pulak masa ni baru jek siap membasuh 2 mesin kain baju sebab hari minggu kan... Along balik rumah trus buat ampaian dalam rumah tuk jemur baju, sambil aku kemas baju. Aku pakai capai jerk mana yang sempat sebab baju banyak tk berlipat. Kononnya weekend nak mengemaslah... Tepat 12 tengah malam kami berempat bertolak ke Thailand dengan kereta kancil rempit aku tuh. 

Kami sampai di Golok jam 9.00 pagi dan terus ke Hospital Golok yang tak sampai pun 5 minit dari Imegresen Golok. Keadaan Mek memang menyedihkan kerana separuh badan sebelah kiri dah tak boleh bergerak dan dalam keadaan separuh sedar. Saudara mara ramai sungguh berkumpul di luar wad, kalau di sini sure tak bleh masuk seramai itu. Aku pulak sebab dah biasa dengan prosedur hospital terus berjumpa dengan nurse dan bertanyakan situasi Mek masa tu. Tapi malangnya bahasa menjadi halangan untuk mendapatkan maklumat sepenuhnya. Adik ipar aku si Lang menjadi penterjemah, tp aku masih tak puas hati. Dari penerangan nurse, Mek telah mengalami pendarahan di otak dan darah telah membeku di bahagian yang paling susah untuk dibedah. Pihak Hospital tidak mahu menanggung risiko pembedahan jadi tiada sebarang rawatan diberikan kecuali bekalan oksigen dan tiub untuk sedut kahak (yang akhirnya tidak dibuat kerana mengikut kata mak saudara Along, menyeksakan Mek kalau pakai, seyes aku tak paham, akan aku cerita di lain entry okey). So akhirnya, nurse mengatakan Mek cuma ada 50-50 sahaja.

Aku cuba jugak mencari jalan lain untuk mendapatkan rawatan. Sahabat dunia cyber, Ernie, mencadangkan Mek dibawa ke Pakar Perdana untuk bertemu dengan Pakar Otak dari HUSM yang merawat aruah suaminya dahulu. Tetapi malangnya keluarga telah mengambil kata sepakat untuk membawa Mek balik ke rumah tanpa sebarang bantuan oksigen dan  tiub sedut kahak dalam erti kata lain... PASRAH jer lah... Aku sebagai menantu perempuan ikut ajelah.

Kami balik ke rumah Mek yang jauhnya lebe kurang 15 minit dari bandar Golok pada jam 11 pagi. Di rumah dah penuh dengan saudara mara jauh dekat datang melawat. Aku yang dari tengah malam drive selang seli dengan Along dah mula rasa sakit badan dan mengantuk, but tahan aje le sebab aku kira tuan rumah sekarang. Dengan orang yang datang silih berganti, aku tk ada peluang untuk duduk mengadap Mek. Along dan adik-adik serta saudara mara terdekat Mek sentiasa ada di sisi Mek. 

Mek meninggal dunia selepas zohor dan dikebumikan selepas Asar. Aku berada di Thailand sehingga hari ketujuh. Terasa kehilangan Mek kerana aruah sgt baik hati dan mengambil berat dan tak pernah berkira dengan aku, menantu yang serba-serbi tak pandai, and aku tak sempat nak belajar buat kari daging feberet Along.

Al-fatihah buat Mek...


Mek dan Hud masa cukur jambul. Sanggup datang dari Thailand semata2 nak tengok cucu sulong.


Mek dan Ayah, masa nak balik ni... bergambar dengan cucu kesayangan, Hud.


Mek dan Hud, muka Hud tuh dah toya sebab seme orang nak cubit n cium pipi dia. Asyik kena gomol jek.


Omek melayan cucu yang kepanasan.






MERDEKA

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA...


taken from here...nice pic

Wednesday, June 23

Busu

I am happy today because I chatted with my long lost favorite cousin... Busu. We have been close friend since birth. We are 3rd or 4th cousins. I can't remember because I have so many 1st, 2nd, 3rd and 4th cousins. My children are the 6th generation of our family. My family weds one another so that is why we are all connected. All of Kuala Sanggang residents are families. Something likes P Ramlee's Keluarga 69. He he he...

So this is Busu, whose real name cannot be revealed here. He was my mates during Ninja's in the 80's. More like my victims actually. Back then, he was very small, fair skin and anak manja mak (eventhough my nick name is Manja, he's more manja than me!!!). So every time we had a fight (real fight with sword make from pelepah kelapa) he will cries and run to his mother (one of the best aunties I ever had, Al-Fatihah for her soul). 

And when we were teenagers, I when to a half boarding school, so every holidays I'll came back to my kampung and we will do things together. Well, not as a couple, but as a good friends along with my other cousin, Nomie, now working with MAS at KLIA and now running an online business Branded Budget Corner, Nazmi, an auditor at my hometown, and a few others younger cousins. Now, we are still do the same things together... Facebook... the new aged sosial site. 

When I chatted with him this morning, I cried!!! I do not know the reason for tears but I cried. One thing for sure, I miss him dearly, and chat with him make me remember his sweet and loving mother, whose in her last wish was to see me on the dais... sad!!! And writing this make me cry again. 


Well, this is the ever handsome cousin of mine, Busu