Esok nak ke Rompin, tulat ke Kuantan, kain baju berjemur sepenuh-penuh ampai... hari plak redup semacam jek nih... Adoiiii
Thursday, June 10
Wednesday, June 9
Pink...
Korang yang ada anak perempuan teringin tak nak buat bilik tuk diorang cam nih...? Aku teringin sungguh...
Wednesday, June 2
Who is Charlotte Arphenee?
Not so long time ago, a long lost friend of mine asked who is Charlotte Arphenee? At that time, i can't recall why i choose that name as my alter ego. But i know it today... it was the Charlotte of The Autumn in New York movie, Richard Gere and Winona Ryder was the hero and heroin. I love it so much and that is why i choose Charlotte, and Arphenee is my hubby Siamese name.
Thursday, May 20
Home Sweet Home
Aku baru merasa duk rumah sendiri (baca: sewa) selepas hampir 5 tahun kawen. Anak dah masuk dua baru nak rasa susah-senang kat rumah sendiri. Setelah sebulan mencari, dapat 2-3 rumah tp asyik terlepas jerk. Sampai tahap tensen aku menjadi2. Akhirnya, klu dah rezeki tuh boleh pulaks ada yang pelawa rumah sewa kat aku. Walaupun tak seperti yang diidamkan, tapi masih boleh diterima lagi. Rumah berkembar, 2 bilik tp hall dan dapur besar. Cukup selesa tuk aku dan famili. Aku start pindah Jumaat, 7 May, tak bawak banyak barang pun. Mmg aku tak de barang pun. Yang aku bawak cuma mesin basuh (wajib ada), almari Along, almari buntats, pastu sofa and rak tv (hutang CM), meja makan dan kain baju kami anak-beranak. ada la dlm 2 kali lori 1 tan tuh ulang alik mengangkut barang aku. Tak de la banyak mana kan.
Masuk rumah baru, macam2 menda kena beli dengan sumber kewangan yang sangat limited, akhirnya aku terpaksa korbankan peralatan dapur untuk beli tikar getah, tilam dan rak baju dulu. Lagipun mmg aku tak masak pun kat rumah. Sebijik sudu pun aku tak der. Cawan ada 4 bijik, pinggan mangkuk aku amek dari kedai jek. Periuk belanga langsung tak ada. Garam, gula? lagi la tak ada. Tak per la, aku beli slow2 ler jawabnya.
Bila dah duk umah sendiri nih, suka hati jerk nak bangun kul baper, nak mandi kul baper, nak basuh kain ke tak, nak jemur kain ke tak, nak jalan bila2 masa jek, nak balik pun ikut suka hati. Rasa cam lapang jerk hati. Tapi tu mula2 jerk. Masuk 2-3 hari baru terasa banyak menda kena buat rupanya. Aku yang mmg malas bab2 nak mengemas dan membasuh nih terpaksa ler buat seme menda tuh sendiri. Laki aku pun tolong sikit2 jerk. Anak2 pun baru nak suaikan diri dengan rumah baru nih. Tapi alhamdullillah tak ada problem sangat, sekali sekala jerk dengar sora petir aku berbunyi. heheheheh.
Laki aku pulak ada problem bak tido belah siang, dia nih berniaga malam, kul 3 baru balik, kul 4 baru tido, so klu belah pagi tuh mmg time dia tido la. Sekali jiran sebelah aku nih rupanya kaki melalak la jugak. Pagi2 dah bukak radio maha kuat sambil mengemas rumah. Laki aku tensen sgt sampai call aku mengadu. Last2 dia amek Al-quran, mengaji kuat2 sampai minah tuh tutup radio pastu belah kuar ntah ke mana. Dulu masa kat kampung, senang hati laki aku nak tido, rumah jauh dari orang, aku balik masa lunch pun dia tak bangun lagik. Tapi alah bisa tegal biasa la kan.
So far, aku suka duk kat sini. Anak2 nak main depan rumah pun aku tak risau sangat kawasan nih rumah cam kampung n seme bersaudara. Anak2 aku plak jenis yang peramah cam umi diorang gak, so senang nak bergaul ngan anak2 jiran kat sini.
Esok aku dah start g outstation, mula ke Bentong, Monday ke Jerantut, Khamis ke Kuantan. So, kalau aku tk update Blog nih kira faham2 lah yer...
Tuesday, May 18
Aku kembali...
or dalam Bahasa Inggerisnya... i am backkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!
Aku bukan pergi mana2 pun. Cuma dalam kepala otak aku, aku dah mengembara ke serata dunia. Habis semua tempat aku dah ziarah hatta hampir2 ke alam kubur. Niat nak ke sana tu selalu betul muncul dalam perjalanan otak aku sepanjang sebulan aku mengembara. Bila sang perawat bertanya, aku tak mampu nak menipu betapa aku teringin ke sana. Pada aku, aku akan jumpa damai yang aku cari di sana. Kedamaian yang hilang entah ke mana. Gamaknya ada di sana. Namun atas nasihat sang perawat dan sahabat2 sejati (korang tahu sapa korang), aku tak jadi ke sana. Terima kasih sang perawat dan terima kasih sahabat.
Ramai yang mahu tahu bagaimana kisah ini bermula. Aku pun tak tahu sebenarnya punca hikayat ini. Yang pasti, ia sentiasa ada dalam diri aku dari dulu lagi. Bagi yang membesar bersama tentu tahu betapa kuatnya aku memberontak dan betapa degilnya manusia bernama Ruzaina ini. Apa yang aku mahu pasti aku dapat. Rupanya sang perawat menyimpulkan, semua telatah itu hasil simpanan jauh di lubuk hati. Kekurangan kasih sayang, kesepian, perasaan bersalah, dendam, benci dan segala-galanya menjadi bak gunung berapi yang menahan lahar dari melimpah.
Dari sang perawat juga aku baru tahu bahawa aku sebenarnya terlalu banyak kekurangan. Demi untuk seimbangkan kekurangan itu, segala perangai dan kelakuan nakal dan agresif aku lakukan. Dan sekarang kerana cinta ku pada sang suami, aku mengurangkan kelakuan agresif untuk lebih sopan dan bersikap sewajarnya seorang suri dan ibu. Namun, ia akhirnya menyebabkan gunung berapi itu tidak dapat lagi menahan segala lahar hitam dan akhirnya meletup!!!
Itulah yang terjadi kepada aku wahai sahabat. Mungkin ada yang berkata tak mungkin aku yang kuat, tabah, berani, keras kepala, degil dan berdikari akhirnya jatuh akibat MAJOR DEPRESSIVE DISORDER . Selama sebulan aku tidak bekerja, hanya duduk melayan anak2 di rumah atau lebih tepat, tidak berbuat apa2 langsung. Ubat yang sang perawat berikan menyebabkan aku sentiasa mengantuk dan tidak bermaya untuk membuat apa2.
Tapi jangan bimbang sahabat.... masih ada sisa2 semangat dalam diri ini untuk memberikan aku kekuatan dan bangun melawan segala keperitan yang mendatang. Walaupun masih perlu berjumpa sang perawat setiap purnama, Insyaallah, aku dah berada di landasan yang betul. Kembali normal. Doakan aku yer sahabat.
Subscribe to:
Posts (Atom)




