Thursday, May 20

Home Sweet Home

Aku baru merasa duk rumah sendiri (baca: sewa) selepas hampir 5 tahun kawen. Anak dah masuk dua baru nak rasa susah-senang kat rumah sendiri. Setelah sebulan mencari, dapat 2-3 rumah tp asyik terlepas jerk. Sampai tahap tensen aku menjadi2. Akhirnya, klu dah rezeki tuh boleh pulaks ada yang pelawa rumah sewa kat aku. Walaupun tak seperti yang diidamkan, tapi masih boleh diterima lagi. Rumah berkembar, 2 bilik tp hall dan dapur besar. Cukup selesa tuk aku dan famili. Aku start pindah Jumaat, 7 May, tak bawak banyak barang pun. Mmg aku tak de barang pun. Yang aku bawak cuma mesin basuh (wajib ada), almari Along, almari buntats, pastu sofa and rak tv (hutang CM), meja makan dan kain baju kami anak-beranak. ada la dlm 2 kali lori 1 tan tuh ulang alik mengangkut barang aku. Tak de la banyak mana kan. 

Masuk rumah baru, macam2 menda kena beli dengan sumber kewangan yang sangat limited, akhirnya aku terpaksa korbankan peralatan dapur untuk beli tikar getah, tilam dan rak baju dulu. Lagipun mmg aku tak masak pun kat rumah. Sebijik sudu pun aku tak der. Cawan ada 4 bijik, pinggan mangkuk aku amek dari kedai jek.  Periuk belanga langsung tak ada. Garam, gula? lagi la tak ada. Tak per la, aku beli slow2 ler jawabnya. 

Bila dah duk umah sendiri nih, suka hati jerk nak bangun kul baper, nak mandi kul baper, nak basuh kain ke tak, nak jemur kain ke tak, nak jalan bila2 masa jek, nak balik pun ikut suka hati. Rasa cam lapang jerk hati. Tapi tu mula2 jerk. Masuk 2-3 hari baru terasa banyak menda kena buat rupanya. Aku yang mmg malas bab2 nak mengemas dan membasuh nih terpaksa ler buat seme menda tuh sendiri. Laki aku pun tolong sikit2 jerk. Anak2 pun baru nak suaikan diri dengan rumah baru nih. Tapi alhamdullillah tak ada problem sangat, sekali sekala jerk dengar sora petir aku berbunyi. heheheheh.

Laki aku pulak ada problem bak tido belah siang, dia nih berniaga malam, kul 3 baru balik, kul 4 baru tido, so klu belah pagi tuh mmg time dia tido la. Sekali jiran sebelah aku nih rupanya kaki melalak la jugak. Pagi2 dah bukak radio maha kuat sambil mengemas rumah. Laki aku tensen sgt sampai call aku mengadu. Last2 dia amek Al-quran, mengaji kuat2 sampai minah tuh tutup radio pastu belah kuar ntah ke mana. Dulu masa kat kampung, senang hati laki aku nak tido, rumah jauh dari orang, aku balik masa lunch pun dia tak bangun lagik. Tapi alah bisa tegal biasa la kan.

So far, aku suka duk kat sini. Anak2 nak main depan rumah pun aku tak risau sangat kawasan nih rumah cam kampung n seme bersaudara. Anak2 aku plak jenis yang peramah cam umi diorang gak, so senang nak bergaul ngan anak2 jiran kat sini. 

Esok aku dah start g outstation, mula ke Bentong, Monday ke Jerantut, Khamis ke Kuantan. So, kalau aku tk update Blog nih kira faham2 lah yer...

4 comments:

Eyna's said...

Masuk umah baru ni memang banyak nak guna duit...memang perlu utamakan ikut keperluan...

Insya Allah, sikit2, lama2 nanti lengkaplah umah ko tu...

Dalila said...

alhamdulillah...ko dh ada rumah sendiri...aman kan..boleh buat sesuka ati....

beb..kalo ke kuantan n free dtg la opis..ko paham la aku ni kan..nk dating keluar mmg susah..anak2 kejer sekali ngan aku..pepaham jer la..tu le satu sbb ngapa aku takleh ngulo time lunch...n aku sebenarnya takder kawan..bak kata jijoe aku mmg tak pandai buat kawan...haruslah..aku takder masa nk single balik cam dulu..asyik berkepit je ngan anak..

Charlotte Arphenee said...

la... nanti aku roger k

AzMaslenda said...

weh pindoh mana?