Tuesday, May 18

Aku kembali...

or dalam Bahasa Inggerisnya... i am backkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!

Aku bukan pergi mana2 pun. Cuma dalam kepala otak aku, aku dah mengembara ke serata dunia. Habis semua tempat aku dah ziarah hatta hampir2 ke alam kubur. Niat nak ke sana tu selalu betul muncul dalam perjalanan otak aku sepanjang sebulan aku mengembara. Bila sang perawat bertanya, aku tak mampu nak menipu betapa aku teringin ke sana. Pada aku, aku akan jumpa damai yang aku cari di sana. Kedamaian yang hilang entah ke mana. Gamaknya ada di sana. Namun atas nasihat sang perawat dan sahabat2 sejati (korang tahu sapa korang), aku tak jadi ke sana. Terima kasih sang perawat dan terima kasih sahabat.

Ramai yang mahu tahu bagaimana kisah ini bermula. Aku pun tak tahu sebenarnya punca hikayat ini. Yang pasti, ia sentiasa ada dalam diri aku dari dulu lagi. Bagi yang membesar bersama tentu tahu betapa kuatnya aku memberontak dan betapa degilnya manusia bernama Ruzaina ini. Apa yang aku mahu pasti aku dapat. Rupanya sang perawat menyimpulkan, semua telatah itu hasil simpanan jauh di lubuk hati. Kekurangan kasih sayang, kesepian, perasaan bersalah, dendam, benci dan segala-galanya menjadi bak gunung berapi yang menahan lahar dari melimpah.

Dari sang perawat juga aku baru tahu bahawa aku sebenarnya terlalu banyak kekurangan. Demi untuk seimbangkan kekurangan itu, segala perangai dan kelakuan nakal dan agresif aku lakukan. Dan sekarang kerana cinta ku pada sang suami, aku mengurangkan kelakuan agresif untuk lebih sopan dan bersikap sewajarnya seorang suri dan ibu. Namun, ia akhirnya menyebabkan gunung berapi itu tidak dapat lagi menahan segala lahar hitam dan akhirnya meletup!!!

Itulah yang terjadi kepada aku wahai sahabat. Mungkin ada yang berkata tak mungkin aku yang kuat, tabah, berani, keras kepala, degil dan berdikari akhirnya jatuh akibat MAJOR DEPRESSIVE DISORDER . Selama sebulan aku tidak bekerja, hanya duduk melayan anak2 di rumah atau lebih tepat, tidak berbuat apa2 langsung. Ubat yang sang perawat berikan menyebabkan aku sentiasa mengantuk dan tidak bermaya untuk membuat apa2.

Tapi jangan bimbang sahabat.... masih ada sisa2 semangat dalam diri ini untuk memberikan aku kekuatan dan bangun melawan segala keperitan yang mendatang. Walaupun masih perlu berjumpa sang perawat setiap purnama, Insyaallah, aku dah berada di landasan yang betul. Kembali normal. Doakan aku yer sahabat.

5 comments:

AzMaslenda said...

Buatlah yang terbaik utk semua pihak..

Bangunlah demi insan2 yang masih memerlukan kasih sayang perhatian dan santeronya..

life must be go on and on...

"Na na na na life goes on
na na na na made me strong
oh yeah gotta feeling that i can go back
life goes on & it's only gonna make me strong
life goes on & on & on" leAnne rimes

Dalila said...

alhamdulillah jay...aku rasa ko dh berjaya... dan bagi aku langkah ko tuk jumpa perawat tu adalah satu langkah yg terbaik dlm idup ko..dan menandakan ko mmg kuat..title iron lady tu mmg khas aku bagi kt ko..n ko mmg kuat bagi aku..

harap lepas ni semua berjalan ngan lancar k..pepehal jgn sorok..kitaorg ada tuk tadah telinga..ok beb...gud luck..

irasilver said...

First of all, maaf kalau aku tiada masa ko amat perlukan teman bicara. Pls pls pls do call me when ever u need me!

yeah i am a bit shock bila ko turn down! Juga tak sangka ko sampai ke tahap tu, tapi kembali lah... bangun lah.... kalau bukan untuk diri sendiri pikirlah untuk org yg terlalu memerlukan kita iaitu ANAK ANAK kita... Insyaallah selepas ni the broken puzzle will be filled by the missing one.. Take things one at a time & steal some time to be away from ur rutine. Walau 10 minit bersendirian percaya lah it helps!

Do take care bai!

Eyna's said...

Insya Allah...smoga smuanya akan kembali seperti biasa...

Charlotte Arphenee said...

terima kasih la sahabat semua...