Wednesday, November 24
Friday, November 19
Friday, October 1
Gaya Si Comel Berbaju Raya
Sepanjang berada di dunia blogger nih, selalu gak tgk blogger buat mcm2 contest untuk memeriahkan lagik blog memasing. Tapi selalunya aku dok tumpang baca jerk. Kali nih aku nak join lah contest nih, mainly sebab ramai yang cakap si Najwa ni cute la, comel la, kalau masuk contest baby mesti menang (tp aku tak pernah pun masukkan dia dlm apa2 contest pun…hehhehe). So, this is it.
This contest is organise by BabyIbu and friend, Azzamoro, with sponsors from Babyruffkins, Gin & Jacquie, Myavenue888, SecretBargains, Tote Boutique, Tupperwareville, Victoria Secret’s Heaven, Weegobottles and My Super Kids. Tambahan penaja... EOE, Sofea Baby Wear, Izzy Bakery, Mahanim....
This is HAWA NAJWA BT ARPHENEE, age 2 yrs old, DOB 24th January 2008.
Wednesday, September 29
The F words & PhD
Lari jap dari topik cuti2 aku tuh. Tajuk gempak jerk kan? No aku tak belajar semula. Tak sampai ke taraf nak buat PhD pun aku nih. PhD yang aku maksudkan ialah Perasaan Hasad Dengki. Yang F tu bukan mencarut yer, walaupun memang terasa nak mencarut. Aku dah lama tk menjadikan mencarut tu amalan. Yer lah semenjak kawen ngan suamiku yang sopan santun ni, aku pun jadik sopan santun la gak. Zaman aku kerja hotel dulu, mmg mencarut nih macam biasa jerk… dah jadik perbualan harian.
Menda yang aku nak citer ni bukan jadik kat aku, menda ni jadik kat sorang member aku ni. Dia ada buat salah satu ketika dulu n dah kena hukuman pun. Tapi masih ada yang tak pueh hati dengan dia nih dan mula menyebarkan cerita2 yang kureng sedap. Nak mengata orang mmg sedap. Aku pun mmg juara mengata dan mengumpat nih. Tapi bila bercerita tuh dah mula ada unsur2 fitnah, yang melampau sangat batasnya, aku mula rasa tk sedap hati la.
Aku ni percaya kan hukum karma tau. Menda yang nko dok buat kat orang, nak plak bab2 mengata, mengutuk dan memfitnah nih, bila orang teraniaya, dia akan balik kat diri kita semula. Aku dah banyak kali rasa menda ni. Ye lah, zaman dulu2 aku bukannya baik sangat, aku dah nampak kesan dah bila Allah swt bayar cash kat dunia nih. Tapi dalam gitu pun tk insaf2 pun lagik…huhu…
Berbalik pada kesah kawan aku nih. Aku harap dia sabo jerk la. Jangan melatah dulu. Biarkan labi tuh terjun dengan labu2nya. Dia lemas esok, kita tengok jer lah kan. Nak selamatkan kena pandai berenang. Last aku cek, kita mmg tak pandai berenang kan? hehehehe… Untuk LABI-LABI tuh, start la masuk kelas berenang, jgn lupa bawa LABU-LABU sekali yerk….
Adios Amigos.
Thursday, September 23
Cuti-cuti Terengganu Part II
Petang tuh after lepak2 jap, anak2 dah melalak ajak mandi laut. Aku pun penat2 g la melayan budak tinot dua orang tuh. Mmg cantek pantai dia, bersih jerk. Sampai Along yg makan buah dokong tatau nak buang kat mana kulit buah tuh. Yer… suamiku adalah seorang yang sangat bersopan santun. Cik La, sila puji ya…hahahhah…
Tapi sayangnya… aku lupa nak bawak hp yg tgh charge, so no pic la yerk. Aku dah janji ngan diri sendiri, aku akan datang lagi n amek pic banyak2 kat sini. Cantek betul, nyaman jerk.
Chalet yang aku amek ni kembar 6. Along dah bagi idea nak ajak geng2 lepak kat sini tahun depan. Tapi cam jauh la sikiet kan. Tak leh la nak tido semalam jek. Kena buat 3 days 2 nite ler.
Kemudahan BBQ RM50.00. Depan chalet tuh jerk. Bersih jerk tempatnya. Sesuai la ngan kita nih.
Yang ni plak chalet A style. RM50.00 jek, tapi bilik air kat luar. Sesuai tuk budak2 muda yang suka adventurous la. Cute jerk.
Ni Chalet yang mahal siket. RM130.00. Cantek. Tapi ada 3 jerk. Tempat ni baru lagik. Banyak menda nak dibuat. Sekang diorang tgh buat dewan, rumah owner, Cafe and other facilities la. Dalam setahun lagi mesti dah cantek tempat ni.
Jalan menghala ker pantai. Masa ni panas sgt. Tak sanggup aku nak jalan ke pantai tuh. Amek dari jauh jerk la.
Hutan ni belah depan, sebelah reception dia. Nice la tapi nyamuk tahap gaban kat sini. Pastu si Hud kena gatal, merah habis leher n tangan dia.
Posing belakang reception. Aku suka tul anyaman buloh dinding tuh. Budak berdua ni mmg suka posing. Hud semanjang menyengih, tapi Wawa tk suka pandang camera.
to be continue…
