Lari jap dari topik cuti2 aku tuh. Tajuk gempak jerk kan? No aku tak belajar semula. Tak sampai ke taraf nak buat PhD pun aku nih. PhD yang aku maksudkan ialah Perasaan Hasad Dengki. Yang F tu bukan mencarut yer, walaupun memang terasa nak mencarut. Aku dah lama tk menjadikan mencarut tu amalan. Yer lah semenjak kawen ngan suamiku yang sopan santun ni, aku pun jadik sopan santun la gak. Zaman aku kerja hotel dulu, mmg mencarut nih macam biasa jerk… dah jadik perbualan harian.
Menda yang aku nak citer ni bukan jadik kat aku, menda ni jadik kat sorang member aku ni. Dia ada buat salah satu ketika dulu n dah kena hukuman pun. Tapi masih ada yang tak pueh hati dengan dia nih dan mula menyebarkan cerita2 yang kureng sedap. Nak mengata orang mmg sedap. Aku pun mmg juara mengata dan mengumpat nih. Tapi bila bercerita tuh dah mula ada unsur2 fitnah, yang melampau sangat batasnya, aku mula rasa tk sedap hati la.
Aku ni percaya kan hukum karma tau. Menda yang nko dok buat kat orang, nak plak bab2 mengata, mengutuk dan memfitnah nih, bila orang teraniaya, dia akan balik kat diri kita semula. Aku dah banyak kali rasa menda ni. Ye lah, zaman dulu2 aku bukannya baik sangat, aku dah nampak kesan dah bila Allah swt bayar cash kat dunia nih. Tapi dalam gitu pun tk insaf2 pun lagik…huhu…
Berbalik pada kesah kawan aku nih. Aku harap dia sabo jerk la. Jangan melatah dulu. Biarkan labi tuh terjun dengan labu2nya. Dia lemas esok, kita tengok jer lah kan. Nak selamatkan kena pandai berenang. Last aku cek, kita mmg tak pandai berenang kan? hehehehe… Untuk LABI-LABI tuh, start la masuk kelas berenang, jgn lupa bawa LABU-LABU sekali yerk….
Adios Amigos.
4 comments:
"hari ni ko buat orang.. besok lusa mender tu balik kat ko semula"
jadi marilah kita fikir2.. renung2kan dan beramal...
Pastu.. biarlah apa orang nak buat kat kita, asalkan kita tak buat orang..
aku tk paham dgn org yg ada PHD nih.. kalo setakat jeles tu aku mmg ada ...tapi kalo dh nama hasad dengki tu aku mintak dielakkan dari aku perasaan tu dan semoga diri aku dijauhkan dari mereka2 yg berperasaan busuk itu....sib baikla aku ni tk ramai kawan...
bagi aku jeles tu perlu tuk mencabar diri menjadi lebeih baik, tp bila dah berdengki, trus jadik sgt buruk. nak pulak sepejabat, hari2 jumpa, depan muka manis bergula, kat belakang kutuk sampai tahap longkang.
aku pun kaki mengutuk gak, tp without dengki, so aku tak busuk sgt. kira ok la kan...huhu
yang pasti cik la n cik mas, aku tak pernah mengata n mengutuk korang berdua. memuji sokmo ada la, seyes!!! :))
aku adalah kutuk ko Jei.. kutukkan membina... hahahah...
Post a Comment