Wednesday, September 29

The F words & PhD

Lari jap dari topik cuti2 aku tuh. Tajuk gempak jerk kan? No aku tak belajar semula. Tak sampai ke taraf nak buat PhD pun aku nih. PhD yang aku maksudkan ialah Perasaan Hasad Dengki. Yang F tu bukan mencarut yer, walaupun memang terasa nak mencarut. Aku dah lama tk menjadikan mencarut tu amalan. Yer lah semenjak kawen ngan suamiku yang sopan santun ni, aku pun jadik sopan santun la gak. Zaman aku kerja hotel dulu, mmg mencarut nih macam biasa jerk… dah jadik perbualan harian.

Menda yang aku nak citer ni  bukan jadik kat aku, menda ni jadik kat sorang member aku ni. Dia ada buat salah satu ketika dulu n dah kena hukuman pun. Tapi masih ada yang tak pueh hati dengan dia nih dan mula menyebarkan cerita2 yang kureng sedap. Nak mengata orang mmg sedap. Aku pun mmg juara mengata dan mengumpat nih. Tapi  bila bercerita tuh dah mula ada unsur2 fitnah, yang melampau sangat batasnya, aku mula rasa tk sedap hati la.

Aku ni percaya kan hukum karma tau. Menda yang nko dok buat kat orang, nak plak bab2 mengata, mengutuk dan memfitnah nih, bila orang teraniaya, dia akan balik kat diri kita semula. Aku dah banyak kali rasa menda ni. Ye lah, zaman dulu2 aku bukannya baik sangat, aku dah nampak kesan dah bila Allah swt bayar cash kat dunia nih. Tapi dalam gitu pun tk insaf2 pun lagik…huhu…

Berbalik pada kesah kawan aku nih. Aku harap dia sabo jerk la. Jangan melatah dulu. Biarkan labi tuh terjun dengan labu2nya. Dia lemas esok, kita tengok jer lah kan.  Nak selamatkan kena pandai berenang. Last aku cek, kita mmg tak pandai berenang kan? hehehehe… Untuk LABI-LABI tuh, start la masuk kelas berenang, jgn lupa bawa LABU-LABU sekali yerk….

Adios Amigos.

Thursday, September 23

Cuti-cuti Terengganu Part II

Petang tuh after lepak2 jap, anak2 dah melalak ajak mandi laut. Aku pun penat2 g la melayan budak tinot dua orang tuh. Mmg cantek pantai dia, bersih jerk. Sampai Along yg makan buah dokong tatau nak buang kat mana kulit buah tuh. Yer… suamiku adalah seorang yang sangat bersopan santun. Cik La, sila puji ya…hahahhah…

Tapi sayangnya… aku lupa nak bawak hp yg tgh charge, so no pic la yerk. Aku dah janji ngan diri sendiri, aku akan datang lagi n amek pic banyak2 kat sini. Cantek betul, nyaman jerk.

15092010550Chalet yang aku amek ni kembar 6. Along dah bagi idea nak ajak geng2 lepak kat sini tahun depan. Tapi cam jauh la sikiet kan. Tak leh la nak tido semalam jek. Kena buat 3 days 2 nite ler.

15092010551Kemudahan BBQ RM50.00. Depan chalet tuh jerk. Bersih jerk tempatnya. Sesuai la ngan kita nih.

15092010552 15092010561

Yang ni plak chalet A style. RM50.00 jek, tapi bilik air kat luar. Sesuai tuk budak2 muda yang suka adventurous la. Cute jerk.

15092010554

Ni Chalet yang mahal siket. RM130.00. Cantek. Tapi ada 3 jerk. Tempat ni baru lagik. Banyak menda nak dibuat. Sekang diorang tgh buat dewan, rumah owner, Cafe and other facilities la. Dalam setahun lagi mesti dah cantek tempat ni.

15092010556 Jalan menghala ker pantai. Masa ni panas sgt. Tak sanggup aku nak jalan ke pantai tuh. Amek dari jauh jerk la.

15092010574

Hutan ni belah depan, sebelah reception dia. Nice la tapi nyamuk tahap gaban kat sini. Pastu si Hud kena gatal, merah habis leher n tangan dia.

15092010570Posing belakang reception. Aku suka tul anyaman buloh dinding tuh. Budak berdua ni mmg suka posing. Hud semanjang menyengih, tapi Wawa tk suka pandang camera.

to be continue… 

Cuti-cuti Terengganu Part I

Since cuti raya aku panjang and we have been talking about using the Terengganu Coast Way for ages,we decide nak balik ikut Terengganu pulak this time untuk balik ke Temerloh. So, on Tuesday, we all (me, Along, Kids and Acu) bertolak dari Thai dalam jam 2.00pm. Siap semua kat Imegresen, isi minyak and carik jajan nak makan dalam keta, jam 3.30pm baru bertolak dari Pekan Rantau Panjang ke Terengganu ikut Pasir Mas-Machang-Pasir Puteh-Jertih-Besut-Setiu.

Sampai kat sempadan Terengganu, aku call my ex-classmate, Cik Mat, yang kerja ngan Tourism Malaysia Terengganu to find any chalet or hotel to stay for the nite cos mmg tak plan langsung nak tido kat mana. Cik Mat cadangkan aku carik chalet kat Batu Burok, tp bila cek dalam Garmin katanya jauh lagik dari lokasi aku masa tuh. But kitaorang keep on driving lagi sampai la kat Garmin tu rekemen area Penarek, Setiu. Akhirnya aku berhenti dengan satu pantai ni yang betul2 mengadap ke Pulau Perhentian. Mmg cantek betul pantai dia, malangnya aku sibuk melayan anak2 samapai lupa nak pic pantai n pulau2 kat situ.

15092010588 Ni jek Pic pantai yang aku sempat amek… tu pun jauh jerk

15092010587

Aku stay kat sini, Pandan Laut Beach Resort, gamble jer main redah. Sebab sampai kat situ dah pukul 6 lebe. Nak drive lagik badan dah letih.

15092010584Cantek jek signbod dia kan. Tempat ni ala2 dalam hutan siket. Seram jek rasanya…huhu

15092010577 Ni la pondok reception dia, Cantek betul anyaman buloh dinding dia tuh.

15092010579

Tapi… tak derk orang. Yang ada cuma ni…

15092010581 So, aku just call, ada sorang mamat angkat dan bagitau suh aku tunggu dalam 10 minit. Tak sampai pun 5 minit ada sorang budak perempuan datang suh aku g tgk chalet mana yang aku nak. Rupanya kitaorang jek yang amek chalet hari tuh. Orang lain tak der. Satu group orang rombongan kawen baru check out, so bilik semua baru jek bersih. Then mamat yang aku call tu datang n tanya aku nak chalet mana. After bincang2, akhirnya aku amek yang ini…

  15092010549

Rega RM 80.00 per nite, ada 2 katil single, aircond, hot shower, tv kecik (yg kononnye ada astro tp dpt tgk TV3 jerk) ada coffee, water heater. No almari at all. Tak muat sebenarnya. Kecik sungguh chalet dia. Pastu banyak gilos semut. Tahu jek la anak2 aku klu dah makan, bersepah2. Aku plak dah letih so sapu ala2 jerk la, sekali kitaorang balik dari makan malam tuh, penuh ngan semut. Tak pasal2 jek kena menghalau semut tuh plak.

15092010547

to be continue…

Monday, September 20

Citer Raya Part III

Ini Pix yang aku amek kat studio kat Golok… cantek kan?

famili1My small Family, Najwa, Along, Jay and Hud

famili4 My extended family, Acu, Lang, Along, Cik Nak, Hud, Jay and Wawa

boys1

The Boys

girls1  The Girls. Lebe kurang jek kan rupa biras aku nih ngan aku kan?

hud wawa 1 My Kids

Citer Raya Part II

Dari kul 10.30 am bertolak dari Temerloh, kitaorang sampai jam 6.00pm kat Rantau Panjang. Hujan sgt lebat sampaikan dekat pekan Rantau Panjang tuh ala2 banjir jerk rupanya. Masuk Imegresen Malaysia, then masuk Imegresen Thai, g register kereta, tuptap, dah azan rupernyer… urmmm… tk merasa gak laki aku nak berbuka ngan Ayah kat rumah. Just berbuka dengan air oren n roti Gardenia jerk. Sian dia.

Sampai umah elok jerk Ayah baru nak suap nasik berbuka. Diorang ni jenis yg berbuka ringan2, pastu solat maghrib, then baru makan nasik. Kira sempat la gak Along berbuka ngan Ayah untuk ramadhan kali nih. Masa ni diorang tk tahu lagi esok nyer raya ker tak sebab diorang puasa lambat sehari dari Malaysia, if tk raya, aku ngan Along jerk la raya esok…hehehhe… tp dekat Isyak tu masjid umumkan Jumaat tuh raya…. yeayyy… bleh raya sama2.

Malam raya aku ngan biras aku, Cik Nak, just buat popiah… yer… popiah!!! sebab laki aku tingin nak makan popiah yang aku buat masa bulan posa baru nih. Dapat la dalam 30 batang popiah isi daging semata.

Esoknya, kitaorang cuma meneruskan tradisi aruah Mek…. goreng bihun untuk makan hari raya. Tapi aku hangen ngan Along sebab suh aku masak tapi bahan2 sme tak der. Aku just campak jek la bahan2 yang ada. Jadiknya, bihun aku tak sedap. Not to my taste la. Tapi dalam gitu ada gak yang memuji (baca: menyindir ok) bihun aku masak tu sedap sangat… eeeiiii…. sakit hati aku.

Pagi Raya, seme g masjid tuk solat, aku dok tunggu jek la dalam kete ngan bebudak. Pastu singgah umah Mak Wo (kakak Ayah) sebab umah dia depan masjid. Menu raya kat sini simple giler. Ketupat ngan cicah gula merah.

Balik dari umah Mak Wo tu, aku trus tak beraya sampai la Raya ke 3, baru recycle balik baju raya tuh, pergi ke Golok, amek pix kat studio. Tu pun sampai Along merungut sebab MAHAL nak mampos!!!!. tapi aku suka sebab pix nyer cantek.

10092010422 Happy Along dapat beraya kat kampung dia. Aku? urmmm….

10092010426 Ni la menu raya… ketupa manis, tapai, kek kedai, kuih goreng ngan air oren botol. Bapak klasik nyer…

10092010427 Hud, enjoying his favourite kuih goreng

10092010430 Ni la Mak Wo. Baik orangnya. Dia ni dah 3 kali kawen. huhu

to be continue…