Tuesday, January 20

Mek n Ayah, Pergi n Balik Haji, Part 3

sambungan part 2,

Dah sampai kt Airport tu, seme orang rushing pergi ke bahagian jemaah haji berkumpul. Ramai nyer manusia. tapi yg aku tak leh tahan tu, diorang siap bukak tapak expo tu. Jual macam2 dari menan budak ker baju seluar, makanan. Orang Thai ni mmg suka berniaga. Pantang ada peluang. Mcm tak caya jerk ni kawasan orang balik haji.

Aku dukung Wawa n lepak kat satu gerai ni. Yang lain2 dah pergi masuk kt tempat jemaah keluar tu. Hari hujan, so aku menunggu jer ler. Laki aku ntah mana pergi pun tatau.


Mcm pasar malam kan?

Tempat jemaah haji keluar. Khemah hijau tu tempat jemaah menunggu waris.


Si Wawa dah cop satu menan yang bergantung kt gerai tu.


Sekali nampak la Mek n Ayah dah tunggu n tinggal dua tiga jemaah jerk lagi. Tapi tak sampai hati nak amik pic. Ayah tak leh bangun. Nampak very tired n sicken. Masa ni mek dah merah mata nampak aku dukung Wawa. Aku pun ala2 sedey la gak. Laki aku dah start amik barang tuk bawak ker van.

ni bru siket, ada 2 troley lagik nih.



sesi air mata sat.



tu laki aku tengah dukung wawa sambil tenangkan mek yg dah merabak kt situ. aku cam relak jek leh amik pic. hantu tul


Wawa, Tok Ayah n Tok Mek. Kuruskan ayah tu. Batuk n demam truk katanya.


Senyum sumbing anak aku bergambar ngan Tok Mek n Tok Ayah.

Tulah kesahnya mek n ayah aku pergi n balik haji. Alhamdullilah mek sehat, cuma ayah jerk truk siket. tp tak mo g cek, takut masuk sepital katanya. urmmm


Mek n Ayah, Pergi n Balik Haji, Part 2

Sambung citer part 1,
Ni masa kami balik ke Thailand cuti Krismas last year. Tolak dari Sanggang jam 12.30am, anak2 aku dah ngantuk giler tapi sorang pun tk mo tido. Bila kereta dah bergerak, baru le nak pejam mata.

Si Wawa duk ngan aku kat belakang, masa ni singgah Gua Musang, solat subuh. Masjid ni mmg jadi tempat R&R aku klu balik Thailand. Si Wawa subuh2 lagik dah nak makan roti. Dia mmg kuat makan lebe dari Abang.


Si Abang mmg tk sedar langsung, sedap jerk tido. Nasib le umi tk der kereta besar. Make do je ler ngan apa yang ada.


~~~~~
Ni plak, masa on de way ke Hatyai, nak jemput mek balik haji. Kitaorang naik Van sewa. 4000 bath, pergi balik. lebe kurang RM400 la duit kita. Selesa tul Van ni. Leh naik 12 orang. Kul 4 pagi (5 pagi Malaysia) dah tolak. Pejalanan lebe kurang 4 jam, ikut hiway, fyi, tak der TOL yer. free of charge, tapi masa ni minyak Thai dalam 35 bath (RM3.5), so lebe kurang la gak belanjanyer


Berhenti kejap untuk toilet stop, breakfast n trus shoot ke Hatyai. Sayang nyer aku tk sempat nak amik pic banyak2 cos, masa on de way tu, flight dh touch down, n jemaah haji dah tunggu kat khemah airport tu. Sampai airport, rushing g pick up mek n ayah, trus balik. Bekal pun tk sempat bukak.

Ni la masjid Kerisik, Pattani (pic blur, amik dr dlm van), kt sini la bermulanya episod berdarah Selatan Thai. Kisahnya masjid ni tk pernah siap pembinaan dia. Dari kurun lepas lagi. Masa askar Thai datang bertempur ngan pejuang tu, habis Masjid ni berlubang, tp tetap ok. Len kali ada kesempatan aku singgah, aku amik pic tuk korang yer.

Wawa bru bangun tido, muncung
Nasi minyak versi Siam. Sedap wooo.
Hud dalam van asyik ke depan, ke belakang, ke depan ke belakang.
Abi peluk Wawa tido, sebab umi nak layan pejam mata sat. huhu
to be continued...

Mek n Ayah, Pergi n Balik Haji, Part 1

well, before this aku dok kata nak citer pasal balik Thailand anta n amik mek n ayah balik haji kan. ha ni ler citernya. since aku dah citer pasal terkandas tu kt sini, aku tunjuk la pic jer ler since aku pun mmg tak g sebab ni...,


ni katanya dalam bas nak ke Penang
yg pakai baju itam tu Lang, adik no 2, mek, ayah, then adik bongsu, arsad,
ni masa kat Penang Airport
ni puak gerabak mek aku ler, yg sebelah ayah pakai baju itam tu bakal adik ipar

dia ni pilihan mek, ekceli anak sedara dia. tp si Lang tu tk tahu lagik. ala2 famili arrangement ler. wal hal diorg ni memasing ada bf/gf. tp aku suka budak munirah ni. baik n lembut sgt orang nyer. rajin laks tu. at least mek ada la menantu yg baik, bukan hantu cam aku ni, hiks

ni kat tempat mek transit lebe dua minggu. kesian orang tua tuh.
pas ni citer masa balik haji laks.... to be continued

Friday, January 16

Kawan Baik

KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik... kepada kawan baik kita.

kita kawan kan...???


cut n paste dari Fahidayati, kawan baik aku masa kt Bahaman

Thursday, January 15

Kawan zaman tori

semalam masa lunch aku terserempak ngan ANNE. tp tk amik plak pic dia, cos dia nk cepat bru lepas makan, aku laks baru masuk nak makan walhal dah dekat kul 2 pm. ANNE ni kawan ngan Lilis, Diana, Kus and Zie. aku ada amik no phone dia. tp tk call lagik la. nanti klu dh call aku citer k