Friday, January 16

Kawan Baik

KaWaN BaiK

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan mem'post' kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik... kepada kawan baik kita.

kita kawan kan...???


cut n paste dari Fahidayati, kawan baik aku masa kt Bahaman

6 comments:

Dalila said...

aku tak kawan ngan ko jei..camana? aku tipu2 jer kawan ngan ko..

Dalila said...

jei..ko selalu menjanjikan janji2 manismu...aku paham ko mungkin terluper dan terleka...sbb aku sememangnyer memahamimu..ko janji nak buat entry pasal pekan..manenyer?

AzMaslenda said...

aku? entahlah... leh ke jadi sorg kawan yg baik... tepuk dada tanya selera. sape suke kawan ngan aku aku pon suke gak kawan ngan dia...
walau siapa pon kawan aku tu, bukan senang aku nak terengaruh ngan dia sbb aku adalah aku...

Ray said...

sangat setuju..

jadi lah orang yang baik dan semoga kita di kalangan kawan2 yang baik... berbaik la kepada kawan yang baik dan baikilah kawan2 supaya menjadi orang yang baik..

dari itu kawan la dengan saya kerana saya seorang rakan yang sangat baik...

sekian terima kasih huhuhuhuhuhu

Charlotte Arphenee said...

klu korang ni tak de dalam hidup aku, tak meriah hidup aku kut. sama2 membesar, sama2 berdikari, then sama2 beranak pinak... moga2 kekal selamanya. amin

Unknown said...

aku..laks..dah jadi kawan cum sedare ko..zie...