Wednesday, July 22

Menjawab Tag Si Mas....terpaksa nih....huhuhu

Tag ni datangnyer dari Eyna, pas ker Mas, sekang Mas pas kat aku laks... so aku nak menjawab ler nih. Tapi kena jawab secara berperingkat. Hari nih, 22 Julai, Lokasi di Jengka.

1. Bekas kekasih saya adalah :
Bekas? urmmmm... bila jumpa nanti aku citer....

2. Saya sedang mendengar :
Pegawai, Pengurus dan Eksekutif mengata Usahawan tak bayar hutang

3. Mungkin saya patut :
Makan nasik, pasal sibuk kerja tadik, tak sempat lunch. Ni tengah minum teh tarik dengan makan kueh karipap free

4. Saya suka :
Tidoooooooooo.... i wish laa

5. Sahabat-sahabat baik saya :
Korang tahu sapa korang

6. Saya tak faham :
Kenapa diorang ni tak reti2 nak bayar hutang klu dah pinjam. Ingat duit kerajaan tuh free ke?

7. Saya kehilangan :
Masa untuk diri sendiri.

8. Ramai yang kata :
Aku garang... hehehhe

9. Makna nama saya :
RU... lahir hari rabu,
ZAI... nama mak aku Zainab
NA... panggilan manja Aruah Abah aku... Arjuna

10. Cinta itu adalah :
urmmm.... penting untuk semua orang.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
Memanjat pokok manggis sebab aku nak bawak opis esok... sayang Abi.

12. Saya akan cuba :
Sentiasa berpegang pada prinsip diri

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Berpanjangan....

14. Telefon bimbit saya :
Penting....

15. Bila saya terjaga dari tidur :
Anak dara aku dah lepas ke hujung kaki, anak jantan dah hilang baju (tidur camner leh tercabut baju) and Sayang aku tengah berdengkur tahap gaban. heheheh

16. Saya paling meluat bila :
Jumpa orang yang hipokrit. Depan orang mulut manis, lemah lembut, belakang perangai cam SETAN.

17. Pesta/Parti adalah :
Mari kita bergumbira

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
urmmm... entah, tak pernah ada pet pun

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Masa sekolah kot... sbb masa tu la jumpa geng2 sekepala yang sampai sekang masih bersama. Masalah pun tak ada sangat.

to be continued...

20. Hari ini :
Ha... sambung balik... hari ni 24 Julai. dah balik ker Opis semula.

21. Malam ini saya akan :
Ingat nak dating ngan Sayang aku ler

22. Esok saya akan :
Cuti hujung minggu, ada Pegawai Pertanian nak datang tengok gaharu.

23. Saya betul-betul inginkan :
Ketenangan jiwa dan minda, kebahagiaan diri dan keluarga, kesenangan hidup dan kerja.

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
Tak sempat tengok lama2, pakai krim pun sambil dukong Wawa, pakai tudung guna cermin tingkap kereta. Bleh?

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
Shopping kat mana2 bleh shopping, tak memilih pun. Arked mainan dah lama tak pergi.

26. Makanan barat atau Jepun :
Barat. Terutama spaggeti, pizza dan steak. yum... yum...

27. Bilik yang terang atau gelap :
Terang ler... aku kan rabun. Klu gelap aku susah nak tido, cam sesak nafas jerk. Anak2 aku pun sama gak.

28. Makanan Segera adalah :
Mc Donald, KFC dan Pizza Hut.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
Jgn kata orang tak professional klu diri sendiri tak professional

30. Siapa yang anda mahu TAG?
Bai... aku tag nko yerk. sambil2 pantang tuh layan le jawab Tag

3 comments:

Dalila said...

alhamdulillah... idup lagi kawan aku...

Eyna's said...

hehehhe...skali skala ada timbulnya...
takpelah...paling idak kita tau dia still ada di dunia maya ni...cuma kebuzyan menghalang ujei utk terus berkecimpung kat sini....walaupun asalnya di yg memulakan antara kita....

irasilver said...

bz kalah menteri!!!

wei sempat soh aku jawab tag! Sialan hahahhaha!!! ok okkkkkkkkkk