Monday, September 20

Citer Raya Part III

Ini Pix yang aku amek kat studio kat Golok… cantek kan?

famili1My small Family, Najwa, Along, Jay and Hud

famili4 My extended family, Acu, Lang, Along, Cik Nak, Hud, Jay and Wawa

boys1

The Boys

girls1  The Girls. Lebe kurang jek kan rupa biras aku nih ngan aku kan?

hud wawa 1 My Kids

Citer Raya Part II

Dari kul 10.30 am bertolak dari Temerloh, kitaorang sampai jam 6.00pm kat Rantau Panjang. Hujan sgt lebat sampaikan dekat pekan Rantau Panjang tuh ala2 banjir jerk rupanya. Masuk Imegresen Malaysia, then masuk Imegresen Thai, g register kereta, tuptap, dah azan rupernyer… urmmm… tk merasa gak laki aku nak berbuka ngan Ayah kat rumah. Just berbuka dengan air oren n roti Gardenia jerk. Sian dia.

Sampai umah elok jerk Ayah baru nak suap nasik berbuka. Diorang ni jenis yg berbuka ringan2, pastu solat maghrib, then baru makan nasik. Kira sempat la gak Along berbuka ngan Ayah untuk ramadhan kali nih. Masa ni diorang tk tahu lagi esok nyer raya ker tak sebab diorang puasa lambat sehari dari Malaysia, if tk raya, aku ngan Along jerk la raya esok…hehehhe… tp dekat Isyak tu masjid umumkan Jumaat tuh raya…. yeayyy… bleh raya sama2.

Malam raya aku ngan biras aku, Cik Nak, just buat popiah… yer… popiah!!! sebab laki aku tingin nak makan popiah yang aku buat masa bulan posa baru nih. Dapat la dalam 30 batang popiah isi daging semata.

Esoknya, kitaorang cuma meneruskan tradisi aruah Mek…. goreng bihun untuk makan hari raya. Tapi aku hangen ngan Along sebab suh aku masak tapi bahan2 sme tak der. Aku just campak jek la bahan2 yang ada. Jadiknya, bihun aku tak sedap. Not to my taste la. Tapi dalam gitu ada gak yang memuji (baca: menyindir ok) bihun aku masak tu sedap sangat… eeeiiii…. sakit hati aku.

Pagi Raya, seme g masjid tuk solat, aku dok tunggu jek la dalam kete ngan bebudak. Pastu singgah umah Mak Wo (kakak Ayah) sebab umah dia depan masjid. Menu raya kat sini simple giler. Ketupat ngan cicah gula merah.

Balik dari umah Mak Wo tu, aku trus tak beraya sampai la Raya ke 3, baru recycle balik baju raya tuh, pergi ke Golok, amek pix kat studio. Tu pun sampai Along merungut sebab MAHAL nak mampos!!!!. tapi aku suka sebab pix nyer cantek.

10092010422 Happy Along dapat beraya kat kampung dia. Aku? urmmm….

10092010426 Ni la menu raya… ketupa manis, tapai, kek kedai, kuih goreng ngan air oren botol. Bapak klasik nyer…

10092010427 Hud, enjoying his favourite kuih goreng

10092010430 Ni la Mak Wo. Baik orangnya. Dia ni dah 3 kali kawen. huhu

to be continue…

Citer Raya Part I

Seme orang dah start entry pasal raya, so aku pun nak gak lah memeriah kan suasana katanya.

Tahun ni aku raya di Thailand. Kebiasaannya, Aidilfitri aku di Temerloh dan Aidiladha ni Thai, tp since Mek (my MIL) bru meninggal, Along decide nak balik gak ke Thai, walaupun ekonomi kami sangat azab sebab dah 2 bulan berturut-turut balik. First bulan Julai sebab Mek meninggal, then Ogos sebab Lang (adik ipar) kawen.

Raya kat Thai ni, satu jek problem nyer… tak meriah. Tak macam kita kat sini. Kalu kat sini kompom sibuk satu famili mengemas, pasang lampu lip-lap, paling2 pun cat rumah, basuh langsir if tk berganti baru, buat kuih muih macam2 jenis, mak pak mesti sibuk cari bahan buat lemang ker, ketupat ker, tempah ayam, daging, kambing, rusa kijang (ada ker? hehehhe). Pendek kata terasa la meriah nk raya tuh, walaupun hakikat nyer seme menda di atas ni aku tk pernah merasa pun… huhu… Aku ingatkan bila aku dah ada keluarga lain, mesti aku merasa meriahnya raya… tapi nan ado…

So… aku balik pagi Khamis, patutnya malam tu, tp macam2 hal yang menyebabkan pagi Khamis baru gerak dari Temerloh. Dan disebabkan aku tk posa, aku la driver dari Lipis ke Rantau Panjang. Berhenti kejap jek kat Gua Musang isi minyak, pastu sedap jek aku berlumba ngan keta lain yang melambak tuh.

09092010405 Hud dengan tk mandinya, aku angkut trus masuk kereta. Masa ni Along yang drive sampai Lipis

09092010404 Camwhoring ngan my kids…

09092010412 Time ni aku dah take over, Along ngantuk tp tak leh tido sebab budak berdua ni pakat menyanyi lagu Balik Kampung sepanjang perjalanan. Antara sebab aku tak suka balik siang, bebudak nih berjaga!!!!

09092010415 Najwa ngan pose 1Malaysia kat Masjid Gua Musang. Singgah rehat n mandi.

09092010417 Hud tengah melepas hajat…sambil makan twisties!!!

to be continue…

Window Live Writer

Aku selalu ada problems nak upload pix or even nak masukkan entry pun kekadang tuh susah bebeno. Bila aku carik2, cara terbaik untuk update Blog adalah dengan Window Live Writer nih. Sekarang masih belajar lagik nak guna camner, tp cam best la pulak. Nak masukkan pix pun senang siket. Nak ubah stationery pun senang. Pe lagik kengkawan, meh la try

 

11092010439

Yeay….!!!

Monday, September 6

Segelas teh O suam, Lap top dan...sesi luahan perasaan.

Sekarang jam 3.54 pagi, aku masih lepak di Selera Najwa, anak2 tido kat umah mak after berbuka kat surau tadi. Sajer jerk hantar diorang kat sana sebab Rabu nanti dah nak balik Thai untuk beraya. Kira cam bagi can la kat mak aku spent time ngan cucu2 dia tuh. 

Aku nih dah bohsan sebenarnya dari tadi dok ralit mengadap blog2 and facebook plus CSI series. Kat kedai ni pun tak der orang sgt. Ada la dua-tiga meja tp tu dema yang mmg lepak hari2 kat sini. Selera Najwa ni cam dah kurang siket pelanggan sekarang. Dulu masa mula bukak, kitaorang jek yg buka kat sini. Sekang dah ada 2 bijik kedai besar bukak kat kiri n kanan. Laki aku pun dah macam hilang semangat jek nak berniaga. Setiap kali aku tanya lebih2 siket pasal kedai, mesti terkeluar perkataan 'tutup ajelah senang...!!!' Patut ke? 

Ada gak sekali dua keluar dari mulut dia, aku n anak2 antara punca orang tak nak singgah ke Selera Najwa. Sebabnya kitaorang kerap sgt datang kedai n buat riuh2. Ye la... aku sekali menjerit kat anak2, satu Temerloh boleh dengar. Anak2 aku plaks suka tegur orang, main lari2, baling batu, jerit2... yelah... budak2. Aku control ajerk mana yang boleh, tapi takkan nak ikat kot bebudak tuh. Ada gak sekali tuh, laki aku dok citer orang tk nak g kedai sebelah nih sebab bini tokei dia sombong. ???? Adakah maknanya aku pun sombong? Akibatnya... aku pun dah tak der hati kat kedai nih dah. Daftar niaga yang dah expired April lepas pun aku tak renew, saman MPT pun aku tak bayar, Bil TNB dah banyak tertunggak. Kejam ker aku? 

Entahlah... dah malas nak menanggung semua nyer kot. 

Nak balik tido la plak. Esok pagi kerja, pastu tengah hari kena balik sebab nanti laki aku nak beli barang, pastu kena baiki kereta nanti nak balik Thai. Kena gak cek apa yang patut. Silap2 tak balik sebab macam tak der mood nak balik, in fact, aku tak der mood nak raya langsung. Baju raya pun tak buat, tudung pun tak beli, kasut jauh sekali. Yang aku beli cuma 3 jenis kuih raya, baju anak2 2 pasang seorang. Cukup lah tu kan...