Seme orang dah start entry pasal raya, so aku pun nak gak lah memeriah kan suasana katanya.
Tahun ni aku raya di Thailand. Kebiasaannya, Aidilfitri aku di Temerloh dan Aidiladha ni Thai, tp since Mek (my MIL) bru meninggal, Along decide nak balik gak ke Thai, walaupun ekonomi kami sangat azab sebab dah 2 bulan berturut-turut balik. First bulan Julai sebab Mek meninggal, then Ogos sebab Lang (adik ipar) kawen.
Raya kat Thai ni, satu jek problem nyer… tak meriah. Tak macam kita kat sini. Kalu kat sini kompom sibuk satu famili mengemas, pasang lampu lip-lap, paling2 pun cat rumah, basuh langsir if tk berganti baru, buat kuih muih macam2 jenis, mak pak mesti sibuk cari bahan buat lemang ker, ketupat ker, tempah ayam, daging, kambing, rusa kijang (ada ker? hehehhe). Pendek kata terasa la meriah nk raya tuh, walaupun hakikat nyer seme menda di atas ni aku tk pernah merasa pun… huhu… Aku ingatkan bila aku dah ada keluarga lain, mesti aku merasa meriahnya raya… tapi nan ado…
So… aku balik pagi Khamis, patutnya malam tu, tp macam2 hal yang menyebabkan pagi Khamis baru gerak dari Temerloh. Dan disebabkan aku tk posa, aku la driver dari Lipis ke Rantau Panjang. Berhenti kejap jek kat Gua Musang isi minyak, pastu sedap jek aku berlumba ngan keta lain yang melambak tuh.
Hud dengan tk mandinya, aku angkut trus masuk kereta. Masa ni Along yang drive sampai Lipis
Time ni aku dah take over, Along ngantuk tp tak leh tido sebab budak berdua ni pakat menyanyi lagu Balik Kampung sepanjang perjalanan. Antara sebab aku tak suka balik siang, bebudak nih berjaga!!!!
Najwa ngan pose 1Malaysia kat Masjid Gua Musang. Singgah rehat n mandi.
Hud tengah melepas hajat…sambil makan twisties!!!
to be continue…